Berat mata memadang berat lagi bahu yang memikul, itu adalah perumpamaan yang sesuai untuk mengambarkan beban yang harus ditanggung oleh para ‘frontliner‘ dalam menguruskan pesakit COVID-19.
Dalam kita menjalani ibadah puasa di bulan ramadan ini para ‘frontliner‘ masih di barisan hadapan terus berjuang.
Menjadi satu kewajipan bagi petugas hospital untuk menggunakan peralatan sut PPE walaupun dalam keadaan panas bagi mengelakkan sebarang jangkitan semasa sedang bertugas.
Dalam satu perkongsian di laman Facebook, pengguna bernama Nurhidayu Ahmad berkongsi keadaan sebenar para petugas hinggakan ada yang pitam dan terpaksa berbuka puasa.
“Ini kejadian petang tadi masa intubate patient tro COVID, kene pakai full PPE, 4 orang pitam sebab overheat, terpaksa berbuka puasa walaupun sudah pukul 5.
“Intubated patient bukan amik masa lima minit tau, itu tak termasuk lagi CPR kalau patient collapse, bayangkan pakai full PPE , CPR 1 jam”, katanya lagi.
Walaupun kes kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend penurunan, namun di barisan hadapan masih ada lagi pesakit-pesakit yang belum sembuh dan sedang dirawat.
Nurhidayu Ahmad juga berpesan kepada orang ramai untuk melupakan hasrat pulang ke kampung kerana nyawa lebih penting.
Dalam hantaran sama ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan para ‘frontliner‘ di ruangan komen.
Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan setakat harini terdapat 70 kes baharu yang telah dilaporkan, di mana 31 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.
Semoga setiap usaha keras mereka membuahkan hasil dan kita sama-sama membantu mereka dalam perjuangan menangani pendemik COVID-19.