Ikuti Kami:

COVID-19: 88 pulih, 70 positif dan satu kematian dilaporkan – KP Kesihatan

COVID-19: 88 pulih, 70 positif dan satu kematian dilaporkan – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 11 Mei — Situasi COVID-19 di Malaysia kekal dua digit dengan penambahan 70 kes baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 6,726 kes, setakat 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata 88 kes pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad adalah 5,113 kes iaitu 76 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat 70 kes baharu yang telah dilaporkan, di mana 31 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Ingin dimaklumkan juga, bahawa daripada 70 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat 13 kes import dan 57 kes penularan tempatan.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,504 kes,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Komen
Loading...