Ikuti Kami:

Fattah Amin Luah Rasa Sayang: “Apa Pun Terjadi, Daddy Akan Sentiasa Sayang Kamu Berdua”

Fattah Amin Luah Rasa Sayang: “Apa Pun Terjadi, Daddy Akan Sentiasa Sayang Kamu Berdua”

Kes perceraian antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura terus menjadi perhatian ramai. Dalam perbicaraan terbaru, Fattah membuat keputusan untuk tidak melepaskan Fazura walaupun isteri tercintanya telah memfailkan permohonan perceraian.

Dalam hantaran terkini di Instagram, Fattah memuat naik gambar Fazura bersama anak mereka, Fatima Aisya, yang menyentuh hati ramai. Kapsyen yang ditulisnya mengungkapkan perasaannya yang mendalam terhadap keluarganya.

“Doakan yang baik- baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two.,” tulis Fattah, memberi gambaran jelas bahawa kasih sayangnya terhadap Fazura dan Fatima tidak akan berubah meskipun melalui masa yang sukar.

Walaupun Fazura meneruskan permohonan cerai, Fattah mengakui dia masih mencintai isteri dan anaknya, dan berharap dapat menyelesaikan masalah ini. Mahkamah telah menetapkan tarikh perbincangan semula pada 7 Oktober, dengan saranan agar kedua-dua pihak cuba menyelesaikan isu di luar mahkamah.

Peminat mereka tersentuh dengan luahan hati Fattah, yang memperlihatkan kesungguhannya dalam mempertahankan hubungan dan keluarganya, meskipun dalam keadaan yang sangat mencabar.

Komen
Loading...