IKLAN

Calonkan Shafie Apdal Sebagai PM Belum Diputuskan Oleh PH

Cadangan untuk mencalonkan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri masih belum diputuskan Pakatan Harapan (PH).

Dalam kenyataan bersama, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pertemuan dengan Tun Mahathir pada Khamis lalu merupakan pertemuan tidak rasmi.

"Amanah dan DAP berpandangan ia sebagai suatu opsyen (pilihan) baru untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan dan Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

"Walaubagaimanapun, cadangan tersebut perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah dan DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH untuk diputuskan bersama," katanya.

IKLAN

Terdahulu, Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa pertemuan pada Khamis lalu telah bersetuju untuk mencalonkan presiden Warisan itu sebagai perdana menteri.

Jelas Mahathir, pertemuan itu juga mereka bersetuju Presiden Keadilan, Anwar Ibrahim dan Mukhriz Mahathir akan mengisi dua jawatan timbalan perdana menteri.

"Dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk jika saya tidak dicalonkan sebagai bakal perdana menteri. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pencalonan Shafie sebagai perdana menteri.

IKLAN

"Kami sebulat suara bersetuju agar Shafie dinamakan sebagai calon perdana menteri. Saya menyokong penuh cadangan ini. Yang penting ialah kita mempunyai sikap tegas supaya orang tahu mengenai pendirian kita," katanya.

Mahathir berkata bahawa pertemuan tidak rasmi itu berlangsung di Rumah Sabah, Kuala Lumpur pada 25 Jun.

BACA : BERSATU Pecat Lima Ahli Termasuk Tun Mahathir

Foto : Bernama. NSTP, Malaysiakini.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN