Ikuti Kami:

BERSATU Pecat Lima Ahli Termasuk Tun Mahathir

BERSATU Pecat Lima Ahli Termasuk Tun Mahathir

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi pemimpin digugurkan keahlian mereka daripada parti itu.

Empat yang lain ialah Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Berdasarkan surat yang diedarkan kepada media, kelima-lima mereka digugurkan keahlian atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat bertarikh semalam itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerja BERSATU, Muhammad Suhaimi Yahya.

“Maka dengan ini dimaklumkan bahawa menurut pasal 10.2.2 dan fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU, keahlian YB Tun dalam BERSATU adalah terhenti serta-merta,” menurut surat itu.

Komen
Loading...