ZUS Coffee Lancar Lagu Raya Seram-Lawak, Ajak Rakyat Malaysia Sembang Tanpa Gajet
- oleh Mohd Indera
- 1 minggu lalu

ZUS Coffee kembali mencipta kelainan sempena Hari Raya dengan pelancaran lagu khas Cerita Malam Raya.
Menggabungkan unsur seram dan humor, lagu ini bukan sekadar hiburan tetapi juga sebahagian daripada kempen Sembang-Sembang dengan ZUS, yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga tanpa gangguan gajet.
Dalam era digital yang serba pantas, kempen ini mengingatkan kita tentang kepentingan interaksi secara langsung, terutama pada waktu perayaan.
Lagu Cerita Malam Raya, hasil kolaborasi antara ZUS Coffee, Faithful Music, Loko Films, Luqman Podolski, dan Zeppo Youngsterz Crew, membawa kisah sekeluarga yang mengalami pengalaman seram tetapi lucu pada malam Raya.
Inspirasi lagu ini datang daripada perbualan larut malam dan cerita seram yang sering dikongsi ketika berkumpul bersama.
Shafiqah Othman, Pengarah Kreatif ZUS Coffee, menekankan kepentingan menghidupkan kembali suasana perayaan yang sebenar dengan berkumpul dan berbual tanpa gangguan telefon bimbit.
“Kami ingin menghidupkan kembali suasana perayaan yang sebenar – di mana orang ramai berkumpul, berbual, dan ketawa bersama tanpa gangguan telefon bimbit. Cerita Malam Raya adalah peringatan bahawa perbualan dan detik kebersamaan inilah yang menjadikan Hari Raya lebih bermakna.” katanya.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, ZUS Coffee memperkenalkan beberapa tawaran eksklusif sempena Ramadan dan Hari Raya, termasuk diskaun bagi Bottled Necessity 1L untuk Iftar serta pelancaran Siri Jagung.
Selain itu, koleksi khas Raya seperti Sampul Raya, Sticker Raya, Sembang Raya Keychains, dan ZUS Raya Card Game turut diperkenalkan untuk membantu mencetuskan perbualan menarik dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan.
Penyanyi dan pencipta kandungan, Luqman Podolski menyatakan bahawa lagu ini unik dengan gabungan elemen seram dan ceria.
“Lagu ini membawa kelainan dengan gabungan elemen seram dan ceria. Saya harap lagu dan video muzik ini dapat menghiburkan dan menggalakkan lebih ramai orang untuk menikmati waktu berkualiti bersama keluarga.” katanya.
Bagi merancakkan lagi sambutan, ZUS Coffee mengajak rakyat Malaysia menyertai Cabaran Tarian Cerita Malam Raya di TikTok, di mana pemenang berpeluang menikmati kopi percuma selama setahun.
Orang ramai juga digalakkan berkongsi kisah Raya mereka yang paling menyeramkan atau paling kelakar dengan tanda pagar #SembangSembangDenganZUS.
Video muzik Cerita Malam Raya boleh ditonton mulai 7 Mac jam 9 malam di Instagram, TikTok, dan YouTube rasmi ZUS Coffee, serta boleh distrim di Spotify.
Melalui kempen ini, ZUS Coffee bukan sahaja menyajikan kopi berkualiti, tetapi juga mencipta pengalaman yang menghidupkan semangat Hari Raya – sebuah perayaan yang lebih bermakna apabila kita benar-benar hadir dan berbual bersama orang tersayang.