Ikuti Kami:

Zizi Kirana Sedih Dimaki Kerana Bertudung Di Bulan Ramadan

Zizi Kirana Sedih Dimaki Kerana Bertudung Di Bulan Ramadan

Apabila tiba bulan Ramadan, ramai artis akan berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Antaranya ialah Zizi Kirana yang tampil cantik bertudung. Perubahannya itu dibuat atas kehendaknya sendiri sepanjang tempoh berpuasa 30 hari.

Meskipun sudah berpakaian sopan, namun, Zizi berkata masih ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya itu. Mereka mengecamnya menutup aurat hanya di bulan puasa sahaja dan pasti akan kembali tampil dengan imej seksi selepas tamatnya Ramadan

Bagaimanapun, segala kecaman dan kritikan yang dilemparkan sedikit pun tidak mematahkan niat serta semangatnya untuk terus melakukan kebaikan.

Bulan puasa tahun ini saya masih kekalkan imej bertudung. Tapi yang sedih tu masih ada netizen yang maki-maki dan tak bersetuju saya bertudung hanya di bulan puasa sahaja. Biarlah mereka nak cakap apa pun, saya biarkan sahaja komen itu.

Doakan sahajalah yang baik-baik, jangan kecam-kecam tambah dosa di bulan Ramadan ni. Manalah tahu nanti saya akan bertudung terus.

Sumber : Mstar Online

Komen
Loading...