Ikuti Kami:

Zai Seri Gemilang Tawar Harga ‘Early Bird’ RM95 Bufet Ramadan Nostalgia Kampungku

Zai Seri Gemilang Tawar Harga ‘Early Bird’ RM95 Bufet Ramadan Nostalgia Kampungku

Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif Zai Gemilang, Norhafizah Abd Karim dan Chef Ahmad Nizam Saidin.

Menjelang ketibaan bulan Ramadan yang mulia, syarikat pengendali acara terkemuka, Zai Seri Gemilang (Zai Event Sdn Bhd), kembali dengan penganjuran bufet Ramadan buat tahun keempat berturut-turut dengan memperkenalkan tema “Nostalgia Kampungku”.

Mengekalkan tagline “Menu Citarasa Tradisi Menggamit Memori”, penganjuran tahun ini menjanjikan kelainan apabila jumlah hidangan ditingkatkan kepada 120 menu berbanding 100 jenis lauk-pauk pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Eksekutif Zai Seri Gemilang, Datin Zaiton Abdul Rahman berkata, pemilihan tema tersebut bertujuan membawa para pelanggan merasai semula suasana berbuka puasa di kampung halaman yang penuh dengan keberkatan dan kesederhanaan.

“Ramadan sering mengingatkan kita kepada masakan air tangan ibu dan nenek serta suasana makan berhidang bersama keluarga. Melalui sajian tahun ini, kami ingin menghidupkan semula kenangan itu dengan resipi warisan yang autentik,” katanya ketika ditemui pada majlis Preview Buffet Ramadan di Urban Park Hall, Alam Impian, hari ini.

Chef Ahmad Nizam Saidin

Bagi menghargai pelanggan setia, Zai Seri Gemilang menawarkan harga ‘Early Bird’ pada kadar RM95 sahaja bagi setiap tempahan yang dibuat bermula sekarang sehingga 26 Februari 2026.

Selepas tempoh tersebut, harga normal akan dikenakan iaitu RM115 (Dewasa), RM85 (Warga Emas), manakala bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun ditetapkan pada harga RM65.

Antara tarikan utama tahun ini adalah kemunculan semula menu tular ‘MacZai’ buat tahun kedua, selain pengenalan menu baharu seperti Sotong Bakar, Kebab Ayam, dan stesen Dapur Celur yang menghidangkan oden.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Zai Gemilang, Norhafizah Abd Karim menjelaskan bahawa pihaknya mensasarkan kehadiran kira-kira 16,000 pengunjung sepanjang 25 hari penganjuran yang bermula dari 20 Februari hingga 17 Mac 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Zai Gemilang, Norhafizah Abd Karim

“Dewan di Urban Park Hall ini mampu memuatkan sehingga 750 orang pada satu-satu masa, namun kami mensasarkan sekitar 700 orang sehari bagi memastikan keselesaan tetamu untuk bergerak dan mengambil makanan.

“Selain kemudahan surau untuk solat Maghrib dan kawasan parkir yang luas, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang lebih besar tahun ini termasuk jongkong emas (gold bar) atau wang tunai,” katanya.

Zai Seri Gemilang yang kini sudah 22 tahun bertapak dalam industri katering dan pengurusan acara turut memaklumkan bahawa kualiti rasa tetap menjadi keutamaan di bawah seliaan Chef Ahmad Nizam Saidin.

Bagi orang ramai yang ingin merasai pengalaman iftar bertemakan tradisi Melayu ini, tempahan awal boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi di www.buffetramadhan2026.com

Komen
Loading...