Ikuti Kami:

Youtuber “Jungle Survival” Terima Gold Medal, Popular Dengan Video Kemahiran Hidup Dalam Hutan

Youtuber “Jungle Survival” Terima Gold Medal, Popular Dengan Video Kemahiran Hidup Dalam Hutan

Youtuber dari Cambodia yang popular dengan video berkonsepkan kemahiran hidup di hutan menerima Gold Medal daripada YouTube.

Youtuber dari kalangan orang asli pedalaman Cambodia itu menggunakan YouTube mereka Jungle Survival yang kini telah mencecah 3.7 juta dan video-video mereka banyak dikongsikan di pelbagai platform media sosial.

Akaun Jungle Survival dibuka secara rasmi pada 12 Ogos 2018. Jumlah video yang dimuatnaik di laman ini kini mencecah lebih 100 video dengan jumlah tontonan lebih daripada sejuta.

Kandungan video mereka berkonsepkan seni pembinaan rumah termasuklah kolam renang dari bahan-bahan yang ditemui di kawasan hutan.

Video yang bertajuk Build The Most Stunning Underground Mansion, Kitchen, and Swimming Pool ini merupakan antara video mereka yang telah menarik perhatian ramai orang.

Komen
Loading...