Ikuti Kami:

Yoodo Gank Malaysia Menang RM172,000 Di PMPL SEA

Yoodo Gank Malaysia Menang RM172,000 Di PMPL SEA

Peminat e-sukan mesti kenal dengan pasukan PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank. Baru-baru ni diorang telah berjaya menjadi juara untuk Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020.

Pasukan tersebut telah membawa pulang wang tunai bernilai $30,000 atau lebih kurang RM128,000. Perghh! Banyak tu. Bukan tu je, mereka juga menerima wang tunai tambahan sebanyak RM44,000 apabila berjaya meraih Anugerah Pasukan Paling Popular di Malaysia, kutipan Chicken Dinner (mata kemenangan) sebanyak lima kali dan Anugerah Pemain Terbaik.

Lebih bermakna lagi, pasukan ini telah berjaya menewaskan jaduh dunia dari Indonesia iaitu Bigetrin Red Aliens yang berada di tempat kedua. Pasukan Yoodo Gank juga telah berjaya mendapat tempat untuk beraksi di Liga Dunia PUBG Mobile.

Pasukan Yoodo Gank dinobatkan sebagai juara selepas meraih 284 mata dalam 15 pusingan yang telah dipertandingkan.

Sumber: Astro Awani

Komen
Loading...