Ikuti Kami:

Wisma Negeri Ditutup Kerana Kakitangan Positif COVID-19

Wisma Negeri Ditutup Kerana Kakitangan Positif COVID-19

Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan sahkan seorang kakitangan di Wisma Negeri positif COVID-19 selepas ujian pengesanan baru-baru ini.

Oleh demikian tindakan lanjut akan diambil sepanjang penutupan operasi di jabatan itu bagi memastikan kawasan tersebut kekal selamat dan dapat berjalan seperti biasa.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, jabatan tersebut ditutup dua hari bagi kerja-kerja pembersihan dan tindakan sewajarnya.

“Setelah siasatan dan perbincangan dijalankan bersama Jabatan Kesihatan Negeri, jabatan tersebut ditutup selama dua hari bagi kerja-kerja pembersihan dan tindakan sewajarnya.

”Bagaimanapun, operasi jabatan lain di Wisma Negeri boleh berjalan seperti biasa berdasarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Bilangan 3 Tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pihak pentadbiran kerajaan negeri akan terus kekal berhati-hati dengan ancaman COVID-19 serta mengambil langkah perlu bagi menjaga kepentingan warga kerja dan pelanggan yang berurusan.

Komen
Loading...