Ikuti Kami:

Wings Terbang Tinggi Rai 40 Tahun: Pra Pendaftaran Tiket Kini Dibuka

Wings Terbang Tinggi Rai 40 Tahun: Pra Pendaftaran Tiket Kini Dibuka

Kumpulan rock negara, Wings, bakal menandakan pencapaian luar biasa dalam kerjaya seni mereka menerusi Konsert Wings 40 Tahun yang dijadual berlangsung pada 28 November 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Dengan tema “4 Dekad Terbang Tinggi”, konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan muzik tetapi simbol perjalanan seni selama 40 tahun sejak penubuhan Wings pada tahun 1985.

Sepanjang empat dekad, Wings telah mencipta pelbagai hit malar segar seperti Misteri Mimpi Syakilla, Taman Rashidah Utama, Sejati dan Bazooka Penaka, sekali gus menjadi nadi kepada perkembangan muzik rock di Malaysia.

Bagi meraikan detik bersejarah ini, pra pendaftaran tiket konsert kini dibuka. Sebagai ganjaran eksklusif, sebanyak 500 orang terawal yang mendaftar akan menikmati diskaun 10 peratus.

Tiket rasmi bakal mula dijual pada 25 Julai 2025 (Jumaat), jam 11.00 pagi.

Antara kategori tiket yang ditawarkan termasuk:
– Diamond (Meet & Greet): RM1,040
– Ruby: RM540
– Sapphire: RM440
– Emerald: RM340
– Jade: RM240
– Bronze: RM540
– Copper: RM440

Kesemua tiket adalah berstatus ‘Seated’, menjanjikan pengalaman selesa buat semua penonton yang hadir.

Kali terakhir Wings mengadakan konsert penuh ialah menerusi The Rock Emperor: Penang Chapter yang berlangsung pada Februari 2024 di SPICE Arena, Pulau Pinang, yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat di utara tanah air.

Selain itu, kemunculan terakhir Wings adalah di pentas TRIAD: One Conquer All pada Februari 2025, yang turut mempertemukan beberapa ikon muzik tanah air dalam satu pentas eksklusif.

Namun Konsert Wings 40 Tahun dijangka menjadi persembahan paling epik mereka, dengan gabungan visual, produksi dan setlist yang merangkumi keseluruhan era perjalanan mereka daripada zaman Mus, Mel, Awie sehinggalah barisan terkini.

Diterajui oleh Awie (vokal) bersama Black (dram), Eddy (bass), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar), Wings akan kembali menggoncang pentas bersama ribuan peminat yang membesar bersama karya mereka.

Untuk maklumat lanjut dan pra pendaftaran, layari https://rpm.ubertickets.asia

Komen
Loading...