Ikuti Kami:

Wawa Global Lancar 3 Sunscreen Baharu, Lelaki & Wanita Kini Lebih Yakin Lindungi Kulit

Wawa Global Lancar 3 Sunscreen Baharu, Lelaki & Wanita Kini Lebih Yakin Lindungi Kulit

Wawa Global Sdn. Bhd., jenama kecantikan tempatan milik pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dengan melancarkan tiga variasi produk pelindung matahari (sunscreen) baharu yang sesuai untuk lelaki dan wanita, terutamanya golongan aktif bersukan.

Pelancaran yang berlangsung dalam suasana penuh meriah ini bukan sahaja memperkenalkan produk terbaharu, tetapi turut menandakan permulaan fasa baharu buat jenama Wawa dengan identiti lebih moden, profesional dan segar melalui pembaharuan logo serta pembungkusan produk.

Tiga variasi sunscreen baharu yang diperkenalkan ialah Mineral Sunscreen, Hybrid Sunscreen dan Dewy Tinted Sunscreen. Setiap produk dirumus dengan teknologi terkini bagi memastikan ia mesra kulit, selamat digunakan termasuk bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif atau masalah eczema.

Menurut Wawa Zainal, produk sunscreen terbaharu ini turut menepati kehendak golongan lelaki yang sebelum ini berasa ragu untuk menggunakan produk kecantikan kerana khuatir dengan kesan ‘tone up’ yang membuatkan kulit tampak kelabu.

“Alhamdulillah hari ini kami lancarkan tiga variasi sunscreen daripada Wawa. Ramai lelaki sebelum ini takut nak cuba sebab bimbang kesan tone up. Jadi kali ini kami bawakan Aslam dan YB Syed Saddiq sebagai wajah produk untuk tunjukkan bahawa lelaki pun boleh guna sunscreen kami tanpa risau. Sunscreen ini sangat sesuai untuk mereka yang aktif bersukan dan ada masalah kulit sensitif,” katanya.

Dalam masa sama, Wawa turut menegaskan bahawa penjenamaan semula ini bukan sekadar memperbaharui imej, tetapi juga usaha serius membanteras produk tiruan yang semakin berleluasa di pasaran.

YB Syed Saddiq yang aktif bersukan setiap hari turut berkongsi pengalamannya menggunakan produk tersebut yang disifatkan sesuai dengan gaya hidupnya.

“Persepsi hanya wanita perlu jaga kulit itu salah. Sunscreen ini asas paling penting dalam penjagaan kulit. Lelaki pun patut pakai sebab kita tak nak lihat kes kanser kulit terus meningkat,”

“Saya sendiri aktif bersukan setiap hari dan saya perlukan sunscreen yang sesuai, selesa, tidak pedihkan mata bila berpeluh dan baunya pun menyenangkan. Saya dah cuba, memang bagus dan berpatutan jika nak bandingkan dengan produk luar yang jauh lebih mahal,” katanya.

Tambah beliau, kejayaan Wawa dan Aeril membuktikan kemampuan anak tempatan dalam membina jenama kukuh meskipun bermula dari dunia hiburan.

Sejak mula dipasarkan, Sunscreen Wawa telah mencatat lebih 4 juta unit terjual, satu pencapaian yang membuktikan keyakinan pengguna terhadap keberkesanan produk keluaran Wawa Global.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran wajah rasmi (face-off) Sunscreen Wawa seperti Umisya Mazlan, Aslam dan YB Syed Saddiq.

Turut hadir memeriahkan acara ialah selebriti terkenal seperti Wawa Rashid, Fasha Sandha dan Puteri Balqis yang tampil memberikan sokongan terhadap usaha Wawa Global dalam mengetengahkan produk tempatan yang berkualiti dan diyakini pengguna.

Komen
Loading...