Warga Rohingya Menipu Kononnya Sudah Lama Tidak Makan, Rupa-Rupanya Baru Saja Terima Bantuan
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, begitu banyak badan bukan kerajaan dan pihak-pihak lain yang cuba membantu memberikan sumbangan kepada yang memerlukan. Pelbagai bantuan makanan disalurkan bagi meringankan beban mereka yang tidak dapat bekerja dalam tempoh ini.
Namun disebalik sikap prihatin masyarakat Malaysia, ada juga segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas sikap pemurah yang ditunjukkan. Seperti kisah yang dikongsikan oleh
Salman Al Farisi Muhammad ini, segelintir warga Rohingya di Kuantan cuba melakukan penipuan bagi meraih sumbangan makanan secara berlebihan.
“Sudah lama tak makan.”
INI CERITA JENIS ROHINGYA TAK MAKAN SAMAN.
Aku ni kalau dengan Rohingya ni bukanlah tak pernah berurusan. Pergi ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh sahaja dah 3 kali. Tapi jenis Rohingya yang dah lama duduk Malaysia ni ramai dah aku jumpa kaki lipat.
Hari ni dapat berita 20 keluarga Rohingya tengah kebulur katanya di Inderapura, Kuantan. Ada 1 keluarga baru dapat anak (dalam gambar). Perlukan bantuan makanan segera. Katanya.
Menurutnya, dia menerima laporan mengenai 20 keluarga dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan bantuan makanan. Tetapi selepas diselidik, mereka sebenarnya baru sahaja menerima bantuan pada tiga hari lepas daripada Jabatan Amal.
Aku pun tanya rakan-rakan Jabatan Amal. Dan telah disahkan yang bantuan makanan telah diberi 3 hari lepas (rujuk gambar). Korang tengok berapa kampit beras Jabatan Amal kasi. Tengok nombor rumah, nombor 13. Ok tak apa.
Baru terima bantuan
Dalam keadaan geram, aku terus gerak ke rumah yang katanya memerlukan bantuan makanan tersebut. Sebelum sampai aku telefon dulu orang Rohingya tersebut.
“Assalamualaikum Taufiq. Saya dapat tahu Taufiq perlukan bantuan makanan. Betul ke?” Tanya aku dengan niat kot-kot dia akan jawab yang bantuan dah diterima.
Tapi dia menipu. Dia kata “Iya abang. Saya sudah lama tidak makan 3 bulan tidak kerja”.
Aku sampai je rumah dia, sah rumah nombor 13 (rujuk gambar ). Rumah yang sama terima bantuan dari Jabatan Amal 3 hari lepas. Huh~ panas betul aku jenis menipu ni. Orang Malaysia pun ramai yang tak makan musim PKP ni, mereka boleh pulak main tipu-tipu macam ni.
Itulah rakan. Kalau korang ada hantar bantuan ke orang Rohingya ni baiknya masuk ke dapur dia. Kot-kot diorang ada stok beras sampai boleh bukak pasaraya. Kaji dulu sebelum beri sumbangan. Ramai yang jenis ambil kesempatan macam ni dan kaki lipat.
Geram!
Prinsip dan penafian: Aku orang NGO kemanusiaan. Aku tak nafikan keperluan mereka mendapatkan hak makanan. Yang mana dalam keadaan teruk memang kita bantu. Jangan hukum semua Rohingya sama. Aku akan bantu orang Rohingya seperti biasa, ada peluang ke kem pelarian mereka aku tetap akan pergi. Yang penipu, kita tetap akan tibai.
Sikap tidak amanah yang ditunjukkan oleh warga Rohingya ini menimbulkan kemarahan ramai di media sosial. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, ramai lagi rakyat Malaysia yang masih memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan di dalam tempoh PKP ini.
Tidak patut rasanya mereka mempergunakan sumbangan yang diberikan untuk kesenangan diri sendiri. Ramai lagi orang di luar sana yang betul-betul dalam keadaan yang terdesak untuk mendapatkan bantuan.