Ikuti Kami:

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Kereta

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Kereta

IPOH: Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran kereta di Laluan Sri Kuang 3, Desa Rasi, Chemor dekat sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.46 malam.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya telah dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Saga Iswara terbakar dalam anggaran 90 peratus.

“Terdapat seorang mangsa rentung dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan satu aliran hose reel sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Mayat mangsa berusia 71 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Khairuddin Hussein tamat jam 2 pagi.

Komen
Loading...