Ikuti Kami:

Warga Emas Kena Penjara Kerana Curi Sardin, Nescafe

Warga Emas Kena Penjara Kerana Curi Sardin, Nescafe

BATU PAHAT: Seorang lelaki berusia 64 tahun dipenjara sebulan oleh mahkamah majistret hari ini selepas mengaku mencuri tin sardin, ubat kumur dan Nescafe dari sebuah kedai serbaneka pada Khamis.

Jamaluddin Yusof mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut kertas pertuduhan, pengawal keselamatan itu didakwa mencuri 10 tin sardin, empat botol ubat kumur dan dua botol Nescafe di kedai di Parit Raja, di sini, pada jam 1.15 tengah hari itu.

Jamaluddin didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Mengikut fakta kes, seorang pekerja kedai itu telah menahan tertuduh dan menemui barang-barang yang dicuri padanya.

Dalam mitigasi, tertuduh yang diwakili peguam Kamarul Arifin Nordin dari Yayasan Bantuan Guaman meminta hukuman ringan kerana dia perlu menjaga anak-anaknya.

Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Farah Wahidah Mohd Sharip meminta hukuman setimpal dengan jenayah itu sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan supaya Jamaluddin dipenjarakan selama sebulan dari tarikh dia ditangkap.

Sumber
Komen
Loading...