Ikuti Kami:

Warga Emas Kemalangan Didapati Positif COVID-19

Warga Emas Kemalangan Didapati Positif COVID-19

Seorang warga emas berusia 86 tahun disahkan dijangkiti COVID-19 di Kluang selepas positif ujian saringan.

Pada awalnya lelaki berkenaan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ditunggangnya, memandangkan warga emas itu mempunyai gejala demam dan batuk, ujian saringan rutin Covid-19 dijalankan sebelum dia disahkan positif.

“Bagaimanapun, memandangkan warga emas itu mempunyai gejala demam dan batuk, ujian saringan rutin Covid-19 dijalankan sebelum dia disahkan positif.

“Dengan laporan kes itu, ia menjadikan mukim Kluang sebagai zon kuning,” katanya dalam satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan

Kesemua kontak rapat warga emas berkenaan terus diarahkan menjalani saringan dan diperintah kuarantin selama 14 hari.

“Seramai 42 senarai kontak warga emas berkenaan sudah dikenal pasti dan diberikan perintah kuarantin selama 14 hari.

“Kesemua sampel ujian swab daripada kontak terbabit sudah diambil dan masih menunggu keputusan makmal.”,katanya lagi.

Foto : Bernama, Media Sosial

Komen
Loading...