Ikuti Kami:

Warga Bangladesh Dalang Palsu Surat Saringan COVID-19

Warga Bangladesh Dalang Palsu Surat Saringan COVID-19

Ketika negara bertungkus lumus menjejaki dan menyelamatkan pesakit Covid-19, ada pula sindiket yang terlibat dalam kegiatan jijik pengeluaran dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 palsu!

Dokumen palsu yang dijual dengan harga RM50 bertujuan meloloskan pekerja warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini daripada dilibatkan dalam saringan dan rawatan Covid-19.

Turut dirampas sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang terdapat cetakan laporan ujian saringan COVID-19 yang disyaki palsu dan sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang kosong.

“Polis turut merampas wang tunia RM1331 dari premis kedua itu dan hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menjalankan aktiviti penipuan dengan cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 yang negatif bagi warganegara asing.

“Kaunter yang beroperasi di kaki lima kedai di Jalan Alor telah beroperasi selama 1 hingga 2 minggu dengan setiap 1 dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 dikenakan bayaran RM50.

Tangkapan suspek dibuat sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di dua premis berasingan di Jalan Alor, di sini, jam 5.40 petang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata hasil siasatan mendapati premis berkenaan beroperasi sejak dua minggu lalu, turut dirampas dua komputer riba, tiga mesin pencetak, dua mesin laminator bagi membantu siasatan.


“Sasaran pelanggan dipercayai warga asing. Kedua-dua suspek di dua premis berkenaan bekerja dengan dua lelaki tempatan dan anggaran gaji suspek antara RM1,500 hingga RM1,700 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanyalah membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Polis Kuala Lumpur memandang serius isu pemalsuan dokumen itu dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang.

Komen
Loading...