Ikuti Kami:

Wanita simbah OKU dengan air panas dijel 10 tahun, denda RM6,000

Wanita simbah OKU dengan air panas dijel 10 tahun, denda RM6,000

BALIK PULAU – Wanita yang menyimbah air panas pada lelaki sindrom Down ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali di sini pada Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membuat keputusan itu selepas tertuduh Oo Saw Kee, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap A Solairaj, 33, dengan menggunakan air panas.

Mengikut kertas pertuduhan, kejadian itu berlaku pada 19 April lalu di dalam sebuah lif pangsapuri I-Park kira-kira jam 9.24 pagi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan

Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Edric Loo.

Sumber
Komen
Loading...