IKLAN

Wanita Sedekah Dan Selit Nota, Mohon "Rider" Doakan Dirinya Dikurniakan Zuriat

Seorang rider berkongsikan sekeping gambar yang memaparkan sebuah nota ringkas dari pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatannya. Rider itu pada awalnya telah menerima upah dari seorang wanita berupakan wang sebanyak RM50.

Disebalik nota RM50 dan keikhlasan yang dihulurkan, ternyata terdapat secebis nukilan diselitkan dan sekali gus menyentuh hati bagi sesiapa membacanya.

Dibelakang sampul surut tersebut tertulis dan memohon agar rider berkenaan mendoakan dirinya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin, setelah menunggu hampir 3 tahun. Dia juga menitipkan doa-doa buat kesemua rider agar sentiasa selamat berada dalam lindungan-Nya.

IKLAN

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut mendoakan wanita tersebut supaya segera dikurniakan zuriat sebagai penyeri kepada rumah tangganya.

Sumber: Twitter.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN