Wanita Memandu Secara Bahaya Kembali Viral Kerana Cetus Kekecohan di Stesen Minyak
- oleh Mohd Indera
- 3 bulan lalu
Baru-baru ini, satu insiden yang mencetuskan kekecohan melibatkan seorang wanita telah tular di stesen minyak Petronas Hillpark, Saujana Utama. Wanita berkenaan dikatakan pernah menjadi perhatian sebelum ini apabila aksinya memandu secara berbahaya turut tular di media sosial.
Dalam Kejadian terbaru, wanita tersebut dilaporkan melakukan kesalahan ‘double park’, menyebabkan pemilik kereta lain tidak dapat keluar.
Seorang saksi kejadian berkata wanita tersebut mendakwa pemandunya akan mengalihkan kereta, namun sebenarnya dia sendiri yang memandu dan enggan mengundurkan keretanya apabila pemilik kenderaan lain tiba.
“Dia kata pemandu dia akan alihkan kereta, tapi rupa-rupanya dia sendiri pemandu kereta itu. Bila pemilik kereta datang, dia pula enggan undur keretanya.” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Ketegangan memuncak apabila wanita tersebut didakwa cuba menyerang orang awam menggunakan sebatang kayu yang diambil dari dalam kenderaannya.
“Saya lari kerana bimbang keselamatan saya, dia terus kejar,” tambah pengadu dalam hantaran tersebut.
Menurut pengadu, dia memuat naik video kejadian tersebut sebagai bukti gangguan yang dilakukan oleh wanita itu serta untuk melindungi keselamatan orang awam yang lain.
Rakaman video itu kini tersebar dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, terutama kerana wanita yang sama pernah tular atas tindakan memandu secara melulu sebelum ini.