Ikuti Kami:

Wanita Jual Gelang Dakwa Pelindung COVID-19

Wanita Jual Gelang Dakwa Pelindung COVID-19

Dalam keadaan negara dilanda wabak COVID-19 banyak pihak muncul mengambil kesempatan, kalau sebelum ini ada yang menjual topeng muka “bocor” kali ini timbul pula peniaga gelang yang didakwa boleh mengecah COVID-19.

Tular di Twitter, sebuah akaun telah berkongsian sebuah video yang memaparkan seorang wanita sedang mempromosikan produk terbarunya di Facebook. Produk yang dijual tersebut didakwa mampu melindungi diri dari COVID-19.

Katanya dalam video itu, disebabkan tidak ramai orang suka dan konsisten makan supplement, jadi jalan penyelesaiannya adalah dengan memakai gelang untuk jauhkan diri dari wabak COVID-19.

Netizen rata-rata kelihatan amat geram dengan penjualan gelang pelindung dari COVID-19 kerana dilihat terlalu over-claimed dan harganya yang tidak masuk akal.

Amboi, harganya boleh tahan mahal!

“Makcik2 memang percaya benda macam ni…”

Sila pantau mak ayah di kampung!

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan lambakan produk-produk berkaitan COVID-19 yang tidak masuk akal dan pastikan membeli ubat-ubatan yang dirujuk dari perubatan yang diiktiraf negara.

Sumber: Twitter

Komen
Loading...