Wanita Ini Terima Ketuhar Percuma Selepas Tular Buat Kuih Raya Guna Kuali
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Walaupun tidak mempunyai ketuhar, namun wanita ini tetap gigih membakar kuih tersebut menggunakan kuali demi dan berkongsikan hasilnya dia medai sosial.
Oleh kerana berasa kasihan melihat wanita itu bersusah payah, @mishkatov telah meninggalkan komen memetik jenama peralatan elektrik Pensonic dan Khind dengan mencadangkan agar syarikat-syarikat besar itu dapat menghadiahkan ketuhar kepada wanita tersebut.
Omg guys, I tagged Khind Malaysia dekat post akak ni sebab kesian tengok dia masak kuih raya guna kuali, and dorang betul2 bagi akak tu oven! I’m so happy ??#ramadankareem pic.twitter.com/YC4KtMORyn
— mushu (@mishkatov) May 22, 2020
Namun, tanpa disangka komen tersebut telah dipandang serius oleh syarikat KHIND Malaysia yang kemudiannya menghadiahkan sebuah ketuhar baru untuk wanita itu.
Rata-rata netizen memuji tindakan yang diambil oleh KHIND Malaysia yang bermurah hati memberikan wanita tersebut sebuah ketuhar baru. Siapa sangka hanya dengan komen biasa di ruangan tersebut, wanita ini menerima sesuatu di luar jangkaan.