Wanita Buat Konten ‘POV’ Suami Isteri Dengan Anak Bawah Umur Tampil Mohon Maaf, Tegaskan Hanya Lakonan
- oleh Mohd Indera
- 3 bulan lalu
Seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Menerusi video penjelasan yang dimuat naik di TikTok, Dya berkata, dia sudah berjumpa dengan pihak polis dan wakil peguam yang memberitahu konten dihasilkan tidak menyalahi undang-undang.
Saya ingin menjelaskan mengenai konten POV suami isteri yang saya lakukan dengan anak sendiri. Untuk pengetahuan, memang selama ini saya buat konten dengan anak dan tidak pernah timbul isu.
Saya sendiri dah berurusan dengan wakil TikTok, pihak polis dan peguam yang mengatakan konten saya tidak ada masalah
Terkejut dengan kecaman dilemparkan netizen, Dya menegaskan konten berkenaan hanya sekadar lakonan semata-mata tanpa sebarang niat tidak baik terhadap anaknya.
Bayangkan saya mencari rezeki yang halal, tiba-tiba perkara begini terjadi saya sangat terkejut. Dengan buli siber yang teruk menghentam.
Saya tak lihat di bahagian mana yang netizen rasa geli dan tak suka dengan konten kami. Konten itu hanya sekadar POV dan lakonan sahaja.
Justeru, Dya memohon maaf kepada segelintir pihak yang berasa kurang senang dan sensitif.
Saya faham mungkin isu berkaitan kanak-kanak hangat di luar sana sehingga menyebabkan netizen rasa sensitif dan cepat marah.
Kepada netizen yang sudah salah faham dengan konten yang disampaikan, saya mohon maaf. Belum terdetik sedikit pun saya nak buat benda tidak baik kepada anak sendiri. Saya sama seperti ibu di luar sana, mahukan anak berjaya.
Terdahulu kecoh media sosial apabila Tiktok ‘Abang Bas’ memuatnaik konten yang dianggap berbaur manipulasi ke atas kanak kanak termasuk secara seksual.