Ikuti Kami:

Wang Tunai RM250,000 Menanti Pemenang SXVE20

Wang Tunai RM250,000 Menanti Pemenang SXVE20

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor dengan kerjasama Persatuan E-sports Selangor (ESS) buat julung kali akan menganjurkan kejohanan Selangor XTIV Virtual E-Sports 2020 (SXVE20) dengan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM250,000.

Khairuddin Othman

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan serta Pembangunan Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman, berkata kejohanan secara dalam talian itu dianjurkan secara berperingkat bermula hari ini sehingga 31 Dis depan dengan fasa pertama yang mempertandingkan permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile, FIFA 20, PES 20 dan Dota akan tamat pada 31 Mei ini.

Beliau berkata kejohanan itu, antara lain, bertujuan menggalakkan aktiviti berfaedah selain memupuk semangat solidariti belia demi menyahut seruan “Stay at Home’ bagi mencegah COVID-19.

Kejohanan itu mempunyai tiga kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 18 Tahun dan terbuka.

“Kejohanan ini menekankan pembangunan E-sukan di peringkat akar umbi dengan membuka peluang lebih ramai bakat baharu, sekali gus menyasarkan lebih daripada 100,000 penyertaan dalam talian terutamanya kepada pasukan amatur di seluruh Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mobile Legends Bang Bang (8-9 Mei/256 pasukan)
Open – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3509425894563569664/registration/

U18 –https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3514428024190803968/registration/

U12 – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3510213699552280576/registration/

PUBG Mobile(10-11 Mei/512 pasukan)

Open – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3510248127892340736/registration/

U18 – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3510289036669968384/registration/

U12 – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3514412803548422144/registration/

FIFA20 (6-7 Mei/128 peserta)

Open – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3510502711251771392/registration/

U18 – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3510517701054898176/registration/

Pro Evolution Soccer 2020 (4-5 Mei/128 peserta)

Open – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3510529219964665856/registration/

U18 – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3510542143234531328/registration/

DOTA 2 (5-6 Mei/64pasukan)

Open – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3510469861207588864/registration/

U18 – https://www.toornament.com/en_US/tournaments/3510482795832737792/registration/

Selepas anda berjaya mendaftar, pihak penganjur akan masukkan ketua pasukan berdaftar didalam group Whatsapp dalam masa 2 hari.

Semua maklumat kejohanan akan diberi taklimat didalam garoup mengikut permainan yang dipertandingkan

Komen
Loading...