Ikuti Kami:

Walaupun Hujan, Peminat 90’an Terus Setia di ‘Konsert Telan Kaset 90’an’

Walaupun Hujan, Peminat 90’an Terus Setia di ‘Konsert Telan Kaset 90’an’

Sungguh meriah! Walaupun hujan lebat melanda, peminat tetap setia menunggu persembahan lebih daripada 20 penyanyi terkenal era 90’an di ‘Konsert Telan Kaset 90’an’, anjuran Vit’s, jenama mi segera popular, dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia.

Konsert ini diadakan sempena Festival Mi Malaysia yang pertama, dibarisi artis otai 90an seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Roy, Aris Ariwatan, Dinamik, Kasawari, Shidi Data, Gravity, Wann, Febians, Hasnol, A To Z, Shades, Tom, Fuad, Zamani, bersama DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers yang berjaya menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu hits 90’an yang mengimbau kenangan.

Festival Muzik Vit’s yang berlangsung selama 2 hari dari jam 8 sehingga 11:30 malam telah berjaya menarik perhatian ramai peminat muzik 90an dan juga peminat makanan dari seluruh negara yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat

Pn. Baizura Tazri menekankan komitmen untuk meneruskan tradisi festival ini di masa hadapan, dengan harapan dapat mengimbau nostalgia muzik 90’an dan memberi sokongan kepada artis senior.

“Komitmen kami adalah untuk meneruskan tradisi festival ini di tahun-tahun mendatang. Kami berharap agar festival ini dapat mengimbau kembali nostalgia muzik 90’an dan juga memberi sokongan kepada para artis senior kita,” katanya lagi.

Selain konsert, lebih dari 80 gerai makanan menyajikan pelbagai jenis mi, termasuk mi kari dan laksa, turut memeriahkan festival. Pihak penganjur, Vit’s dan Persatuan Karyawan Malaysia, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong acara ini.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato’ Freddie Fernandez, melahirkan rasa gembira dengan sambutan hangat dari pengunjung, menekankan bahawa festival ini tidak hanya memenuhi kerinduan peminat terhadap penyanyi kegemaran mereka, tetapi juga memberikan peluang untuk beramal.

“Kami sangat gembira dengan sambutan hangat yang diberikan oleh kesemua pengunjung. Festival ini bukan sahaja mengubati kerinduan peminat terhadap penyanyi kegemaran mereka, tetapi juga memberi peluang untuk beramal.”, katanya.

Vit’s berjanji akan terus komited menganjurkan festival ini pada masa akan datang dan berusaha mengumpul dana untuk Persatuan Karyawan Malaysia.

Komen
Loading...