Ikuti Kami:

Waktu operasi mesin ATM dihadkan 8 pagi-8 malam

Waktu operasi mesin ATM dihadkan 8 pagi-8 malam

PUTRAJAYA, 19 April — Waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kini dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam bagi mengawal pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ramai orang memberi alasan ingin mengeluarkan wang di mesin ATM 24 jam untuk keluar dari rumah termasuk ketika lewat malam.

“Ramai yang keluar lebih daripada waktu ditetapkan sehingga tengah malam pun masih ada yang keluar kononnya ada kecemasan untuk keluarkan wang dan sebagainya. Jadi, operasi mesin ATM dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

“(Selepas ini) tidak ada alasan lagi untuk keluar sehingga tengah malam untuk keluarkan wang di mesin ATM,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas Jwatankuasa Menteri-Menteri Mengenai PKP, di Perdana Putra, di sini hari ini.

Mengenai operasi penghantaran makanan pada bulan Ramadan yang dijangka bermula minggu depan, Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara tersebut.

“SOP terutamanya dari segi penghantaran dan sebagainya sewaktu Ramadan akan dikeluarkan dalam masa dua tiga hari lagi.

“Kerajaan tahu mungkin sampai waktu sahur akan ada pesan makanan. Jadi mesyuarat hari ini sudah meminta MKN untuk keluarkan SOP mengenai perkara itu,” katanya.

— BERNAMA

Komen
Loading...