Ikuti Kami:

Wak Doyok Tidak Mengaku Salah, Mahkamah Memerintah Jaminan RM35,000

Wak Doyok Tidak Mengaku Salah, Mahkamah Memerintah Jaminan RM35,000

JOHOR BAHRU: Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tanpa kebenaran baginda, Khamis lalu.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan lambang kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi tujuan persendirian tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Sultan Johor.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri kira-kira jam 2.15 petang pada 30 April lalu.

Wak Doyok didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Ia membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Komen
Loading...