Ikuti Kami:

Wajah Ibu Emma Maembong Semasa Muda Jadi Perhatian

Wajah Ibu Emma Maembong Semasa Muda Jadi Perhatian

Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun hampir seminggu berlalu, namun Emma tidak lupa untuk memuat naik satu entri khas bagi menghargai ibu kesayangannya itu.

“Setiap hari ialah hari ibu, walaupun sedar saya sedikit terlambat tetapi saya mahu membuatkannya menjadi lebih istimewa. Saya mahu mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu kesayangan! Saya sangat menyayangi mama.”

Entri tersebut turut diiringi dengan beberapa keping gambar ketika ibunya masih muda dan perkara tersebut nyata mendapat perhatian ramai. Tak hairanlah kenapa Emma cantik, ini kerana ibunya juga memang seorang yang rupawan!

Semua pasti sedar bahawa Emma Maembong memang cantik dek kacukan daripada kedua ibu dan ayahnya. Bagi yang tidak mengetahui, pelakon cantik ini mempunyai darah kacukan Melayu dan Scotland, memang tak dapat disangkal kecantikannya itu.

Bukan sahaja Emma malahan kesemua 11 orang adik beradiknya yang lain turut memiliki rupa paras yang cantik dan menarik. Untunglah!

Tinjauan ke ruangan komen, kesemua peminat membanjiri ibunya dan juga Emma dengan pujian kerana mempunyai genetik yang sangat sempurna. Saling tak tumpah kedua beranak ini.

Kalau anda nak tahu, ayah kepada pelakon ini telah berkahwin dengan Yatimah Zainab sebelum membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Foto : Instagram EmmaMaembong

Komen
Loading...