Ikuti Kami:

vivo Y04 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Reka Bentuk Bergaya dan Prestasi Tahan Lama pada Harga Mampu Milik

vivo Y04 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Reka Bentuk Bergaya dan Prestasi Tahan Lama pada Harga Mampu Milik

vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran rasmi model terbaharu dalam siri Y yang popular, iaitu vivo Y04, yang bakal berada di pasaran seluruh negara bermula 19 April 2025.

Direka khas untuk pelajar, golongan profesional muda dan keluarga, vivo Y04 menawarkan gabungan sempurna antara gaya, prestasi, dan ketahanan – semuanya pada harga yang sangat berpatutan.

Model ini tampil dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Titanium Gold, Jade Green, dan Crystal Violet, dengan bingkai matte logam yang nipis dan ringan serta reka bentuk kamera yang moden – menyerlahkan gaya pengguna tanpa menjejaskan keselesaan dan kegunaan harian.

Dari segi spesifikasi, vivo Y04 dikuasakan dengan bateri besar 5500mAh yang mampu bertahan sehingga 19 jam tontonan video dan 28 jam masa panggilan.

Lebih mengagumkan, bateri ini mengekalkan lebih 80% kesihatan bateri selepas lima tahun penggunaan, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang inginkan ketahanan jangka panjang pada bajet yang rendah.

Paparan HD+ bersaiz 6.74 inci memberikan pengalaman visual yang terang dan lancar, sama ada untuk pembelajaran, penstriman atau bersosial di media sosial.

Sistem kamera berkuasa AI memudahkan rakaman detik harian, manakala fungsi AI Erase membolehkan pengguna memadam objek yang tidak diingini dalam gambar dengan mudah.

Bukan itu sahaja, vivo Y04 turut dilengkapi dengan penarafan IP64 kalis habuk dan percikan air serta pensijilan SGS 5-Bintang Gred Ketenteraan anti-jatuh, menjadikannya peranti yang tahan lasak untuk digunakan dalam pelbagai situasi.

vivo Y04 ditawarkan pada harga hanya RM399, dan boleh didapati di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, serta platform e-dagang utama di seluruh negara mulai 19 April 2025.

Sebagai promosi jualan pertama, pelanggan juga boleh mendapatkan vivo Y04 menerusi Hotlink Postpaid pada harga hanya RM139 untuk bulan pertama, diikuti dengan RM60 sebulan untuk 11 bulan berikutnya – satu tawaran nilai hebat yang sukar ditandingi!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo Malaysia dan ikuti vivo Malaysia di Facebook dan Instagram.

Komen
Loading...