vivo X300 Ultra, X300 FE Perkenal Teknologi Pengimejan ZEISS Bertaraf Sinematik
- oleh MDaily Editor
- 5 May 2026 4:06 pm
vivo Malaysia secara rasmi memperluaskan portfolio peranti premiumnya dengan pelancaran siri vivo X300, memperkenalkan dua model terbaharu, vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE, yang dibangunkan bersama pakar optik terkemuka dunia, ZEISS.
Dikenali sebagai “Duo Konsert Terunggul”, siri ini direka khusus untuk memenuhi keperluan pencipta kandungan, daripada pengguna harian yang mementingkan fleksibiliti kompak hingga ke tahap profesional yang memerlukan kualiti pengimejan sinematik.
Model perdana vivo X300 Ultra tampil sebagai peranti paling berkuasa untuk kawalan kreatif sepenuhnya.
Ia dilengkapi dengan ZEISS Master Lenses Collection dan sistem Dual 200MP ZEISS Cameras (35mm dan 85mm), sekali gus menetapkan standard baharu bagi fotografi potret dan dokumentari mudah alih.
Nadi kehebatan model ini terletak pada sistem tiga lensa ZEISS Master Prime yang merangkumi kamera telefoto APO 85mm bertaraf gimbal, lensa dokumentari 35mm, dan kamera ultra sudut lebar 14mm.
Keupayaan videografinya turut dipertingkatkan menerusi Pro Video Mode yang menyokong rakaman 4K 120fps, Dolby Vision, serta 10-bit log untuk dinamik warna yang lebih luas.

Bagi peminat fotografi jarak jauh, vivo memperkenalkan ZEISS Telephoto Extender generasi kedua yang menawarkan jarak fokus sehingga 400mm, membolehkan tangkapan subjek yang amat jauh dengan kejelasan yang tinggi.
Bagi pengguna yang mengutamakan reka bentuk ergonomik tanpa mengorbankan prestasi, vivo X300 FE hadir dengan badan ultra nipis 7.99mm. Walaupun kompak, ia tetap dilengkapi kamera utama 50MP dan ZEISS Super Telephoto Camera yang menyokong sehingga 100x hyper zoom.

Model FE ini turut menampilkan falsafah reka bentuk “not made to match” dalam tiga pilihan warna menarik: Mist Purple, Glow White, dan Luxe Black.
Visual pengguna turut dijamin dengan ZEISS True Colour Display yang memberikan ketepatan warna realistik untuk aktiviti penstriman dan suntingan kandungan.

Bersempena pelancaran ini, vivo Malaysia membuka tempahan awal sehingga 22 Mei 2026 dengan tawaran ganjaran yang menarik:
– vivo X300 Ultra: Pembeli akan menikmati rebat tunai RM900, tripod fotografi COMAN Aluminium, dan perlindungan vivo Care.
– vivo X300 FE: Didatangkan dengan hadiah percuma berupa pembesar suara JBL dan vivo Buds Pro.

Selain itu, pelanggan boleh menikmati diskaun 30% bagi pembelian aksesori terpilih seperti vivo Imaging Grip dan Telephoto Extender melalui program Purchase-with-Purchase (PWP) di semua vivo Concept Store seluruh negara.
Maklumat lanjut mengenai siri vivo X300 boleh didapati menerusi laman web rasmi vivo Malaysia atau platform media sosial rasmi mereka.
