Ikuti Kami:

vivo X300 Ultra Dan X300 FE Mula Dijual Sabtu Ini, Percuma Tiket Konsert

vivo X300 Ultra Dan X300 FE Mula Dijual Sabtu Ini, Percuma Tiket Konsert

Susulan pelancaran siri vivo X300 yang berjaya sebelum ini, vivo Malaysia mengumumkan bahawa model vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE akan mula dijual secara rasmi di seluruh negara bermula Sabtu ini (23 Mei) sehingga 23 Jun 2026.

Kempen Jualan Pertama yang akan berlangsung di semua vivo Concept Store itu bakal menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif, pelan ansuran mudah, serta peluang keemasan untuk memenangi tiket konsert artis antarabangsa, Gareth.T.

Dikenali sebagai “Telefon Konsert Terunggul”, siri X300 terbaharu ini menggabungkan teknologi pengimejan flagship hasil kerjasama strategik bersama pakar optik ZEISS dan ciri kecerdasan buatan (AI) pintar.

Inovasi ini direka khas bagi membolehkan pengguna merakam detik konsert yang jelas, stabil dan sinematik walaupun dalam keadaan pencahayaan pentas yang mencabar.

Model mercu vivo X300 Ultra dilengkapi dengan ZEISS Triple Prime Lenses, Kamera Telefoto APO ZEISS Gimbal-Grade 200 MP, serta sistem penstabilan OIS bertaraf gimbal 3° untuk rakaman jarak jauh yang tajam.

Sementara itu, vivo X300 FE menawarkan Kamera ZEISS Super Telephoto 50 MP bersama ciri Stage Mode dan Dual-View Stage Video untuk rakaman reaksi masa nyata.

Sempena kempen jualan pertama ini, pelanggan boleh menikmati model vivo X300 Ultra (16GB + 512GB) pada harga selepas rebat RM6,099, manakala varian 1TB ditawarkan pada harga RM7,099.

Bagi model vivo X300 FE pula, ia dijual pada harga RM3,299 (12GB + 256GB) dan RM3,899 (12GB + 512GB). Pelanggan juga boleh menaik taraf pembelian dengan Photographer Kit pada harga RM999 dan menikmati rebat tambahan RM300.

Bagi memudahkan pemilikan, vivo turut menyediakan pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan dengan kadar serendah RM137.45 sebulan bagi model X300 FE dan RM254.15 sebulan untuk X300 Ultra.

Selain itu, rebat segera RM100 ditawarkan melalui rakan bank terpilih termasuk OCBC Bank, Hong Leong Bank, Affin Bank, dan UOB, selain pilihan pembayaran PayLater serta program trade-in fleksibel.

Dalam pada itu, vivo Malaysia turut mengumumkan penajaan rasmi bagi konsert Gareth.T “Prince Of Nothing” yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Jun ini.

Sebagai menghargai sokongan peminat, kempen “How to Win Your Tickets” dianjurkan bagi memberi peluang kepada pembeli bertuah memenangi tiket konsert percuma tersebut.

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana model siri vivo X300, memuat naik kandungan unboxing atau hasil foto/video peranti tersebut ke media sosial beserta bukti pembelian, dan menyertakan tanda pagar rasmi #vivoX300Ultra, #vivoX300FE, #TheUltimateConcertDuo, dan #GarethTongTicketGiveAway.

Kempen peraduan tiket ini akan ditutup pada 4 Jun 2026, dan pengumuman pemenang akan dibuat pada 5 Jun 2026. Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh didapati di vivo Concept Store terpilih di seluruh negara.