vivo X300 Series Tampil Sebagai Telefon Konsert Setanding Kamera Profesional
- oleh MDaily Editor
- 13 Nov 2025 6:30 pm
Jenama teknologi terkemuka vivo sekali lagi mencuri tumpuan dengan pelancaran siri terbaharunya, vivo X300 dan X300 Pro, yang digelar sebagai The Ultimate Concert Phone bagi tahun 2025 kerana ia bukan sekadar telefon pintar biasa, tetapi mampu merakam gambar dan video setanding kamera profesional.
Pelancaran siri baharu ini turut menandakan komitmen vivo untuk terus memimpin inovasi dalam dunia fotografi mudah alih dengan kerjasama jenama optik terkenal dunia, ZEISS.
Siri X300 menawarkan kualiti imej menakjubkan yang memenuhi citarasa pengguna moden daripada peminat konsert hingga pencipta kandungan digital yang menuntut hasil rakaman tajam dan berwarna semula jadi.

vivo X300 Pro dilengkapi sistem kamera ZEISS 200MP APO Telephoto serta kamera utama Gimbal-Grade yang memberikan hasil rakaman lebih jelas, stabil dan terang walaupun dalam keadaan cahaya rendah seperti konsert atau acara malam.
Ciri ini membolehkan peminat muzik merakam detik berharga dengan artis kesayangan mereka tanpa kabur atau gegar.
Turut menarik perhatian ialah fungsi Stage Mode 2.0, yang membolehkan pengguna merakam video 4K sambil mengambil gambar dalam masa yang sama.
Ciri Dual-View Stage Video pula membolehkan rakaman dua sudut serentak — satu merakam pentas, satu lagi wajah penonton, menjadikan pengalaman menonton konsert lebih peribadi dan menyeronokkan.

Dari segi prestasi, vivo X300 Series dikuasakan oleh cip Dimensity 9500 dengan keupayaan pemprosesan pantas serta sistem penyejukan efisien untuk penggunaan jangka panjang.
Bateri BlueVolt berkapasiti tinggi sehingga 6510mAh disertakan dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge dan 40W pengecasan tanpa wayar, memastikan telefon sentiasa bertenaga walaupun digunakan sepanjang hari.
Reka bentuknya juga menarik dengan kemasan Coral Velvet Glass yang lembut disentuh, disertai perlindungan IP68 dan IP69 untuk ketahanan habuk dan air.
Paparan ZEISS Master Color Display menampilkan warna yang lebih hidup dengan tahap kecerahan sehingga 2000 nits, menjadikannya mudah digunakan walau di bawah cahaya matahari terik.

Siri ini turut menggunakan sistem operasi baharu OriginOS 6, yang menawarkan pengalaman lebih lancar dan mesra pengguna. Fungsi seperti One-Tap Transfer memudahkan perkongsian fail antara peranti, manakala ciri Private Space melindungi data peribadi pengguna.
Gabungan kamera berkuasa, cip berprestasi tinggi dan reka bentuk mewah menjadikan vivo X300 Series antara telefon paling mengagumkan tahun ini.
Sama ada untuk merakam konsert, melancong atau mencipta kandungan media sosial, siri ini direka khas untuk mereka yang mahukan hasil rakaman terbaik dalam setiap detik.
MDaily juga berpeluang mencuba vivo X300 Series yang terbaru, yang sempat kami gunakan semasa beberapa konsert minggu lalu.

Sepanjang menggunakan vivo X300 Series di konsert-konsert itu, kami terkesan dengan kualiti kameranya yang sangat jelas walaupun dalam pencahayaan rendah.

Audio yang dihasilkan juga cukup mantap, memberi pengalaman menonton yang lebih hidup. Selain itu, rekaan telefon yang ringan dan selesa dipegang memudahkan kami merakam video dan mengambil gambar tanpa rasa penat, menjadikannya teman setia sepanjang konsert.

Pelancaran rasmi vivo X300 Series akan berlangsung pada 13 November 2025, jam 6 petang di Malaysia.
vivo X300 akan ditawarkan dalam 16GB + 512GB, bermula dari RM3,899. vivo X300 Pro pula hadir dalam 16GB + 512GB, bermula dari RM4,699. Pelanggan kini boleh membuat pra-tempahan kedua-dua model mulai hari ini sehingga 21 November 2025 di semua vivo Concept Store dan dalam talian melalui https://www.vivo.com/my

Bagi meraikan pelancaran ini, vivo Malaysia menawarkan hadiah pra-tempahan eksklusif bernilai sehingga RM2,872 untuk pelanggan awal, tersedia dalam tiga pakej menarik.
Pelanggan juga boleh menikmati pilihan pembayaran yang fleksibel melalui Promosi Pelan Ansuran vivo yang berlangsung dari 22 November 2025 hingga 28 Februari 2026, menawarkan pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan dan rebat segera RM100 dengan bank seperti Public Bank, OCBC Bank, UOB, dan AmBank.
Pemegang kad Affin Bank layak untuk rebat segera RM100 dan 5x Mata Ganjaran AFFIN.
Sementara itu, kempen Beli Sekarang, Bayar Kemudian vivo Malaysia akan berlangsung dari 22 November hingga 31 Disember 2025, menawarkan:
– SPayLater: Diskaun 15% (maksimum RM150, perbelanjaan minimum RM1,000) serta pelan ansuran sehingga 24 bulan
– PayLater oleh Grab: Rebat RM100 dengan perbelanjaan minimum RM1,000 dan pelan ansuran 0% sehingga 4 bulan
Pilihan tukar beli juga ditawarkan dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026, dengan rebat tambahan sehingga RM300 bagi pelanggan yang menukar peranti lama terpilih di vivo Concept Store.
Selain itu, pelanggan boleh meningkatkan pengalaman fotografi mereka melalui Promosi Beli Bersama (PWP), yang merangkumi Telephoto Extender dan Grip Kit, eksklusif untuk pemilik siri vivo X300.




