vivo X300 Series Kini Tiba di Malaysia, Nikmati Hadiah, Rebat & Pelan Ansuran
- oleh MDaily Editor
- 21 Nov 2025 2:08 pm
vivo Malaysia mengumumkan jualan pertama siri telefon pintar flagship terbaharu, vivo X300 Series, yang akan bermula pada 22 November hingga 31 Disember 2025 di vivo Concept Stores terpilih di seluruh negara.
Siri X300 direka khas untuk peminat fotografi dan pengguna harian, menampilkan teknologi kamera canggih, reka bentuk bergaya serta prestasi yang tinggi.
Model vivo X300 Pro hadir dengan 200 MP ZEISS APO Telephoto Camera dan Ultra-Sensing Sensor HPB, manakala kamera utama 50 MP ZEISS Gimbal Grade dilengkapi penstabilan CIPA 5.5, memastikan rakaman imej dan video yang jelas, stabil dan berkualiti tinggi.
Sementara itu, vivo X300 pula menampilkan kamera utama 200 MP ZEISS dengan penstabilan CIPA 4.5, serta kamera hadapan ZEISS 50 MP Ultra Wide-Angle dengan autofokus untuk selfie yang tajam.

Dalam tempoh jualan pertama, pelanggan boleh menikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,466, termasuk vivo TWS 3e, waranti lanjutan vivo Care selama 365 hari dan perlindungan skrin pecah selama 180 hari.
Selain itu, pelanggan juga ditawarkan rebat istimewa, pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan melalui beberapa bank rakan kongsi serta promosi Buy Now, Pay Later melalui SPayLater dan PayLater by Grab.
Bagi yang ingin menukar telefon lama, vivo Malaysia turut menawarkan program Trade-In dengan rebat tambahan sehingga RM300 untuk model terpilih termasuk iPhone 13 series ke atas, serta diskaun sehingga RM50 bagi peranti Gred A atau B.
Tawaran Purchase With Purchase (PWP) juga tersedia dengan diskaun 30% untuk Telephoto Extender + Grip Kit.
Promosi ini adalah eksklusif di vivo Concept Stores terpilih dan tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.
Harga bermula RM3,899, untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman rasmi vivo Malaysia di https://www.vivo.com/my atau mengikuti media sosial rasmi mereka di Facebook dan Instagram.




