vivo X300 Kini Di Malaysia, Flagship Premium Bermula RM3,899
- oleh MDaily Editor
- 13 Nov 2025 11:03 pm
vivo Malaysia hari ini melancarkan siri telefon pintar flagship terbaharunya, vivo X300 dan vivo X300 Pro, yang menampilkan teknologi pengimejan profesional dengan kamera ZEISS 200MP dan prestasi berkuasa tinggi.
Menariknya, siri vivo X300 menjadi telefon pintar pertama di Asia Tenggara yang menyiarkan acara pelancarannya secara langsung menggunakan vivo X300 Pro sendiri.
Rakaman tersebut mempamerkan keupayaan kamera telefoto ZEISS APO 200MP yang merakam persembahan dan momen acara dengan jelas dari pelbagai sudut.

Dikuasakan cip Dimensity 9500 hasil kerjasama vivo dan MediaTek, siri ini menjanjikan prestasi pantas serta kecekapan tenaga tinggi.
vivo X300 Pro hadir dengan bateri 6510mAh, manakala vivo X300 dilengkapi 6040mAh, kedua-duanya menyokong 90W FlashCharge dan 40W Wireless FlashCharge untuk pengecasan pantas dan selamat.
Dari segi pengimejan, vivo X300 Pro menawarkan kamera telefoto ZEISS APO 200MP dan kamera utama 50MP Gimbal-Grade, manakala vivo X300 dilengkapi kamera utama 200MP ZEISS Ultra-Sensing.

Ciri-ciri baharu seperti Stage Mode 2.0, 4K Stage All-in-One Video, dan AI Image Studio menjadikan siri ini ideal untuk rakaman konsert, acara dan aktiviti harian dengan hasil setanding kamera profesional.
Siri X300 juga memperkenalkan OriginOS 6 buat pertama kali di Malaysia, sistem operasi baharu dengan rekaan antaramuka moden, penggunaan lancar dan ciri privasi yang dipertingkat.
Dengan sokongan kemas kini OS selama lima tahun, vivo menekankan komitmen terhadap pengalaman jangka panjang yang stabil dan boleh dipercayai.
Dari aspek reka bentuk, vivo X300 menampilkan paparan rata 6.31 inci dengan berat hanya 190g, manakala X300 Pro hadir dengan paparan 6.78 inci dalam badan nipis 7.99mm.

Kedua-duanya menggunakan kaca 3D Unibody yang elegan dan tahan cap jari, tampil dalam warna Phantom Black, Mist Blue, Halo Pink dan Dune Brown.
Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan telefon pintar baharu, tetapi juga menandakan 30 tahun perjalanan inovasi vivo, yang terus komited memperkasa pengalaman pengguna dengan teknologi pengimejan dan prestasi bertaraf dunia.

vivo X300 Series dijual pada harga bermula RM3,899 untuk vivo X300 dan RM4,699 bagi vivo X300 Pro.
Pelanggan awal berpeluang menerima hadiah pra-tempahan eksklusif bernilai sehingga RM2,872, termasuk promosi pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan serta rebat tunai segera.
Pra-tempahan siri vivo X300 dibuka mulai hari ini hingga 21 November 2025 di semua vivo Concept Store dan dalam talian di www.vivo.com/my.




