Ikuti Kami:

vivo X300 FE Hanya RM3,299, Telefon Flagship Kompak Dengan Teknologi Lensa ZEISS

vivo X300 FE Hanya RM3,299, Telefon Flagship Kompak Dengan Teknologi Lensa ZEISS

vivo Malaysia secara rasmi melancarkan model flagship ringan terbaharu, vivo X300 FE, yang menggabungkan kecanggihan sistem pengimejan ZEISS dan prestasi berkuasa dalam reka bentuk kompak, pada harga bermula RM3,299.

Dicipta khusus untuk peneroka urban dan peminat fotografi profesional, peranti ini bukan sekadar telefon pintar biasa, malah ia mentakrifkan semula keupayaan peranti ‘flagship’ tanpa kompromi terhadap saiz dan berat.

Daya tarikan utama vivo X300 FE terletak pada sistem kamera hasil kerjasama dengan ZEISS. Ia dilengkapi dengan kamera ZEISS Super Telephoto 50 MP, kamera utama 50 MP, serta kamera sudut ultra-lebar 110°

Buat julung kalinya bagi siri FE, pengguna kini boleh merakam subjek dari jarak jauh dengan lebih jelas melalui vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2. Teknologi ini membolehkan jarak fokus setara 200 mm, namun dengan binaan optik yang lebih ringan berbanding generasi sebelumnya.

Bagi peminat tegar konsert, ciri Stage Mode yang dioptimumkan dengan algoritma Telephoto Magic 2.0 membolehkan rakaman wajah artis di atas pentas kelihatan tajam dan hidup, walaupun dalam keadaan pencahayaan pentas yang mencabar dan kompleks.

Walaupun hadir dengan rekaan nipis hanya 7.99 mm dan berat 191 gram, peranti ini tidak meminggirkan aspek kuasa.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 5 yang dipadankan dengan memori sehingga 24GB RAM, memastikan kelancaran untuk aplikasi berat dan permua (gaming).

Bagi menyokong penggunaan sepanjang hari, vivo memuatkan bateri 6500 mAh BlueVolt yang menyokong pengecasan pantas 90W FlashCharge serta pengecasan tanpa wayar 40W.

vivo X300 FE tampil dengan skrin rata 6.31 inci yang simetri, memberikan keselesaan maksimum untuk penggunaan satu tangan. Ia hadir dalam tiga pilihan warna sofistikated iaitu Mist Purple, Glow White dan Luxe Black.

Dari aspek perisian, peranti ini menggunakan OriginOS 6 yang menawarkan ekosistem lebih terbuka, termasuk kemudahan pemindahan fail ke peranti Windows, Mac, iPad, malah iPhone melalui ciri One-Tap Transfer.

vivo X300 FE ditawarkan dalam dua varian: 24GB + 256GB dan 24GB + 512GB dan orang ramai boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini sehingga 22 Mei 2026.

Pelanggan yang membuat tempahan awal bakal menerima hadiah eksklusif bernilai tinggi termasuk Pembesar suara JBL (RM299), vivo Buds Pro (RM199) dan vivo Care (Lanjutan waranti 1 tahun & perlindungan skrin 180 hari)

Pengguna juga layak menikmati diskaun RM300 untuk pembelian Telephoto Extender Gen 2 Kit serta pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan dengan bank terpilih. Maklumat lanjut boleh didapati di semua vivo Concept Store atau laman web rasmi vivo Malaysia.