Ikuti Kami:

vivo X200 FE Tampil Gaya Kompak dan Hadiah Eksklusif Sehingga RM1656, Pra-Pesan Kini Dibuka!

vivo X200 FE Tampil Gaya Kompak dan Hadiah Eksklusif Sehingga RM1656, Pra-Pesan Kini Dibuka!

Pengguna yang menantikan kehadiran telefon pintar kompak berkuasa tinggi kini boleh bergembira apabila vivo X200 FE diumumkan untuk pra-pesanan bermula hari ini hingga 4 Julai 2025 dengan pelbagai tawaran hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,656.

Mengangkat tema “Kecil Saiz, Besar Personaliti”, vivo X200 FE menampilkan reka bentuk skrin rata yang anggun dan padat dalam genggaman.

Ia hadir dengan empat pilihan warna yang mencuri tumpuan Pink Vibe, Blue Breeze, Yellow Glow dan Black Luxe, menjadikannya padanan sempurna untuk gaya hidup aktif dan bergaya.

Antara tarikan utama peranti ini ialah Lensa Super Telefoto ZEISS 50MP yang didatangkan bersama mod Stage dipertingkatkan, membolehkan pengguna merakam imej jelas pada tetapan 1x, 3x dan 10x zum sesuai untuk rakaman OOTD, makanan viral mahupun panorama bandar, seolah-olah menggunakan kamera profesional.

Hadiah Eksklusif untuk Pra-Pesan di Kedai Konsep vivo

Pelanggan yang membuat pra-pesanan di Kedai Konsep vivo layak menerima pelbagai hadiah menarik termasuk:

  • Set Raket Pickleball (RM259)
  • vivo TWS 3e (RM199)
  • Jaminan Lanjutan 1+1 Tahun
  • Perlindungan Skrin Retak selama 1 Tahun
  • Diskaun PWP 30% untuk Watch GT & Watch 3
  • Pelan Ansuran 0% sehingga 24 bulan
  • Diskaun Tukar Beli RM200
  • Rebat RM100 (Public Bank)
  • Rebat RM100 + 5x Mata Ganjaran (Affin Bank)
  • Diskaun RM60 dengan Grab PayLater (min. RM550, sah hingga 31 Julai)

Tawaran ini hanya tersedia sementara stok masih ada dan tertakluk kepada syarat tertentu.

Pra-Jualan Dalam Talian: Hanya RM20 untuk ‘Glow Up’

Bagi yang mahu menjadi antara pemilik terawal vivo X200 FE, pra-jualan dalam talian kini dibuka. Dengan hanya RM20 deposit, pelanggan boleh mengunci unit mereka dan menikmati faedah berikut:

  • Baucar e-RM20 (dijamin melalui Live Chat)
  • Beg Travel
  • Set Raket Pickleball
  • vivo TWS 3e
  • Jaminan Lanjutan 1 Tahun
  • Perlindungan Skrin Retak 1 Tahun

Penebusan hadiah boleh dibuat dari 30 Jun hingga 4 Julai 2025, eksklusif melalui kedai rasmi vivo di Shopee, Lazada dan vivo E-Store. Deposit tidak boleh dikembalikan dan baucar e-RM20 sah digunakan dalam tempoh tersebut sahaja.

Terma & Syarat Ringkas

  • Rebat RM100 hanya untuk 100 pembeli pertama kad kredit Affin Bank dan Public Bank secara ansuran.
  • Tawaran Grab PayLater sah dari 1–31 Julai 2025.
  • Semua hadiah akan dihantar bersama unit selepas pembelian penuh diselesaikan.
  • vivo berhak mengubah terma tanpa notis.

Untuk maklumat lanjut dan penebusan hadiah, pelanggan boleh layari: https://linktr.ee/vivoX200FEPreSaleBenefits

Dengan spesifikasi canggih, reka bentuk bergaya dan tawaran hebat, vivo X200 FE dijangka menjadi pilihan utama pengguna yang menginginkan keseimbangan prestasi dan gaya dalam satu genggaman.

Komen
Loading...