Ikuti Kami:

vivo V70: Telefon Pintar Ketahanan Gred Aeroangkasa, Dijual Serendah RM1,999

vivo V70: Telefon Pintar Ketahanan Gred Aeroangkasa, Dijual Serendah RM1,999

vivo Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya, vivo V70, yang menjanjikan gabungan sempurna antara teknologi kecerdasan buatan (AI) termaju dan ketahanan fizikal premium, pada harga permulaan yang kompetitif iaitu RM1,999.

Direka khusus untuk golongan kreatif dan peminat fotografi, vivo V70 hadir dengan penambahbaikan ketara hasil kolaborasi berterusan bersama pakar optik dunia, ZEISS.

Peranti ini bukan sekadar alat komunikasi, malah menjadi teman setia untuk merakam detik berharga dengan kualiti setaraf kamera profesional.

Antara tarikan utama vivo V70 adalah sistem pengimejan yang diperkasakan oleh Kamera Telefoto Super ZEISS 50 MP. Dengan teknologi periskop termaju, pengguna kini boleh melakukan zum sehingga 10x tanpa menjejaskan kualiti imej.

Lebih menarik, vivo memperkenalkan Mod Pentas AI baharu yang direka khusus untuk merakam subjek di bawah pencahayaan sukar, seperti konsert atau persembahan pentas. Algoritma peningkatan imej AI dan teknologi potret gaya ZEISS memastikan setiap rakaman kelihatan tajam dan sinematik.

Untuk golongan pencipta kandungan, peranti ini merupakan siri V pertama yang menyokong rakaman video 4K 60 fps, disokong oleh ciri AI Audio Noise Eraser bagi menghapuskan bunyi latar belakang yang tidak diingini secara automatik.

Dari sudut binaan, vivo V70 tampil dengan estetika moden menggunakan rangka Aloi Aluminium Gred Aeroangkasa.

Kehadiran kaca AG berukir etching pada panel belakang bukan sahaja memberikan sentuhan mewah, malah menjadikannya tahan terhadap calar dan kesan cap jari.

Peranti ini juga dibina untuk lasak dengan penarafan IP68 dan IP69 bagi rintangan air dan habuk, serta mampu menahan jatuhan dari ketinggian sehingga 1.5 meter.

Paparan OLED Ultra Jelas 1.5K bersaiz 6.59 inci dengan kadar segar semula 120 Hz pula menjanjikan pengalaman visual yang sangat lancar dan realistik.

vivo V70 dikuasakan oleh sistem operasi terkini, OriginOS 6, yang mengintegrasikan teknologi AI secara mendalam untuk meningkatkan produktiviti.

Antara ciri baharu termasuk Origin Island untuk paparan maklumat dinamik, serta pelbagai alatan AI seperti AI Search, AI Creation, dan AI Captions untuk terjemahan serta transkripsi mesyuarat masa nyata.

Dari segi kuasa, peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti besar 6,500 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W FlashCharge, memastikan peranti kekal bertenaga sepanjang hari walaupun digunakan untuk tugasan berat.

vivo V70 ditawarkan dalam tiga variasi storan dengan harga berikut:

– 8GB + 256GB: RM1,999
– 12GB + 256GB: RM2,199
– 12GB + 512GB: RM2,599

Pelanggan yang membuat pratempah di vivo Concept Stores bermula 24 Februari hingga 13 Mac 2026 berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif termasuk wafer emas AU 999 dan vivo Buds.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ansuran 0% dan program tukar beli, orang ramai boleh melayari laman web rasmi www.vivo.com/my.

Loading...