vivo V70 FE Tawarkan Ketajaman 200MP Ultra-Clear, Bateri Gergasi 7000mAh
- oleh MDaily Editor
- 10 Apr 2026 11:53 am
vivo Malaysia secara rasmi menetapkan penanda aras baharu dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan premium dengan pelancaran model terbaharu, vivo V70 FE.
Tampil dengan reka bentuk nipis yang menjadi identiti siri V, model kali ini bukan sekadar mengutamakan gaya, malah membawa lonjakan spesifikasi drastik menerusi padanan kamera 200MP Ultra-Clear dan bateri gergasi 7000mAh.
Menyasarkan golongan pencipta kandungan dan pengembara, vivo V70 FE dilengkapi sensor utama 1/1.56 inci dengan Mod Resolusi Tinggi 200MP. Teknologi ini disokong oleh penstabil imej optikal (OIS) bertaraf CIPA 4.0 dan keupayaan zum telefoto sehingga 30x.
Ciri menarik, Ultra-Clear Photo Crop, membolehkan pengguna memotong (crop) gambar sehingga 900% zum tanpa menjejaskan ketajaman secara ketara, manakala fungsi 200MP Ultra-Clear Printing membolehkan foto dicetak dalam format besar sehingga empat kali ganda lebih jelas berbanding sensor 50MP biasa.
Kehadiran kecerdasan buatan (AI) seperti AI Magic Weather dan AI Erase memudahkan pengguna menyunting elemen yang tidak diingini serta mengubah suasana pencahayaan gambar dengan satu ketikan sahaja.
Walaupun memiliki kapasiti bateri 7000mAh BlueVolt yang amat besar, vivo berjaya mengekalkan profil peranti yang sangat nipis, iaitu hanya 7.59 mm dengan berat 200 gram.
Bateri ini mampu menyokong tontonan YouTube tanpa henti sehingga 43.8 jam. Untuk pengecasan pantas, ia menyokong 90W FlashCharge. Lebih meyakinkan, vivo menawarkan jaminan kesihatan bateri selama lima tahun bagi memastikan kebolehpercayaan jangka panjang.
vivo V70 FE dibina untuk menghadapi pelbagai situasi lasak dengan penarafan IP68 dan IP69, yang membolehkan ia kalis habuk serta mampu bertahan dalam rendaman air sehingga 1.5 meter selama 120 minit.
Dari segi dalaman, ia dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 yang dilengkapi dengan ciri produktiviti pintar seperti Origin Island dan integrasi Google Gemini.
vivo V70 FE ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Muse Purple, Ocean Blue, dan Urban Silver dengan harga bermula:
– 16GB (8+8) + 256GB: RM1,599
– 24GB (12+12) + 256GB: RM1,799
– 16GB (8+8) + 512GB: RM1,999 (Eksklusif dalam talian & telco)
Pelanggan yang membuat pra-tempahan sehingga 17 April 2026 akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256, termasuk vivo Buds Air3, V Selection Watch V3, serta perlindungan waranti dan skrin vivo Care.




