Ikuti Kami:

vivo V60 Lite 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1,199

vivo V60 Lite 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1,199

vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan vivo V60 Lite 5G, telefon pintar terbaharu dalam siri V yang menumpukan kepada hiburan tanpa henti, ketahanan tinggi dan keupayaan kamera serba boleh.

Ditawarkan pada harga bermula RM1,199, model ini menampilkan gabungan antara gaya moden, prestasi mantap dan teknologi pintar bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini.

vivo V60 Lite 5G hadir dengan paparan AMOLED 6.77 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz, HDR10+, serta kecerahan sehingga 3000 nits. Ia turut menampilkan nisbah skrin-ke-badan 94.2%, memberikan pengalaman tontonan luas dan imersif untuk kandungan hiburan.

Reka bentuknya nipis dan ringan dengan kemasan warna Pop Pink, Titanium Blue dan Elegant Black, diserikan modul kamera lutsinar (Exquisite Transparent Camera Module) yang menyerlahkan sentuhan bergaya dan sofistikated.

Dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo (Gaming) Mobile Platform berasaskan proses 4nm, V60 Lite 5G menawarkan peningkatan prestasi keseluruhan sehingga 60%.

Dipasangkan dengan RAM 12GB + RAM tambahan 12GB dan storan sehingga 512GB, pengguna boleh menikmati pengalaman permainan, penstriman dan multitugas tanpa gangguan.

Sistem Pembesar Suara Dwi Stereo pula menghasilkan bunyi 400% lebih kuat, manakala AI SuperLink dan antena 360° memastikan sambungan rangkaian stabil di mana sahaja.

Bahagian kamera menjadi antara tumpuan utama dengan sensor 50MP Sony IMX882 yang disokong AI Master Aura Light, memastikan tangkapan gambar tajam dan terang dalam pelbagai keadaan.

Sistem tiga kamera turut menampilkan kamera sudut lebar 8MP 120° serta kamera swafoto 32MP HD, menjadikannya pilihan sesuai untuk rakaman potret, landskap dan vlog harian.

Antara ciri menarik ialah AI Erase 3.0 dan AI Reflection Erase yang membolehkan pengguna menghapus elemen atau pantulan tidak diingini dengan mudah, manakala AI Photo Enhance menambah baik kualiti imej beresolusi rendah secara automatik.

vivo V60 Lite 5G menampilkan bateri BlueVolt 6500mAh dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge, membolehkan peranti dicas penuh dalam masa hanya 52 minit.

Ia turut dilengkapi teknologi Bypass Charging untuk mengurangkan haba ketika bermain permainan video serta 24-Dimension Security Protection bagi memastikan pengecasan selamat.

Dengan ketahanan bateri sehingga 5 tahun, pengguna boleh menikmati tontonan video, permainan atau kerja seharian tanpa risau kehabisan tenaga.

Menepati gaya hidup aktif, vivo V60 Lite 5G direka dengan struktur anti-jatuh bertaraf ketenteraan (Military-Grade Certification) serta SGS Five-Star Drop Resistance.

Peranti ini turut menyokong Wet-Hand Touch, Greasy-Hand Touch, dan One-Tap Water/Dust Ejection, menjadikannya tahan lasak walaupun digunakan dalam keadaan hujan atau persekitaran berdebu.

Selain hiburan, vivo V60 Lite 5G turut menawarkan alat produktiviti pintar berasaskan Google Gemini AI, termasuk AI Captions, AI Smart Call Assistant, dan AI Note Assist.

Ciri Block Spam Calls pula membantu mengesan serta menyekat panggilan penipuan dan telepemasaran, memberikan pengalaman lebih selamat kepada pengguna.

Pelanggan boleh mendapatkan vivo V60 Lite 5G pada harga RM1,199 (8GB + 256GB) dan RM1,499 (12GB + 512GB). Pra-tempahan kini dibuka dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,199, termasuk vivo Buds percuma, Holiday Vibes Gift Set, waranti tambahan 1+1 tahun, perlindungan skrin dan penutup belakang, serta waranti pelbagai rantau.

Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan tambahan RM100 melalui Grab PayLater atau sPayLater, pelan ansuran 0% hingga 24 bulan, dan program trade-in bagi menukar telefon lama.

Dengan kombinasi gaya, prestasi dan ketahanan unggul, vivo V60 Lite 5G menjadi pilihan baharu bagi pengguna yang mengutamakan hiburan dan pengalaman penggunaan lancar dalam satu peranti lengkap.

Maklumat lanjut di www.vivo.com/my
.

Komen
Loading...