vivo V60 Lite 5G: Jualan Pertama Bermula, Hadiah Percuma Bernilai RM1,070
- oleh MDaily Editor
- 18 Oct 2025 12:16 pm
vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran jualan pertama telefon pintar terbaharunya, vivo V60 Lite 5G, yang menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk hadiah percuma bernilai sehingga RM1,070, rebat tunai sehingga RM300, serta pelan ansuran tanpa faedah, bermula 18 Oktober hingga 30 November 2025 di vivo Concept Store terpilih di seluruh negara.
Menurut kenyataan vivo Malaysia, promosi berkenaan memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati nilai tambahan serta perlindungan menyeluruh apabila memiliki peranti baharu yang menggabungkan reka bentuk moden, prestasi cemerlang dan ketahanan tinggi.
Model baharu itu dilengkapi dengan kamera utama 50MP Sony IMX882 bersama teknologi AI Master Aura Light Portrait, yang membolehkan pengguna merakam potret dengan pencahayaan semula jadi dan seimbang walaupun dalam keadaan cahaya rendah.
Selain menonjolkan keupayaan fotografi, vivo V60 Lite 5G turut direka dengan ciri ketahanan tinggi termasuk perlindungan kaca Shield Glass, SGS Five-Star Drop Resistance, dan pensijilan ketenteraan (Military-Grade Certification) bagi menahan hentakan serta kejatuhan.
Bagi pembelian sepanjang tempoh jualan pertama, pelanggan akan menerima pelbagai keistimewaan termasuk jaminan tambahan 1+1 tahun, jaminan skrin retak selama setahun, jaminan penutup belakang selama setahun, serta jaminan pelbagai rantau (Multi-Region Warranty).

Selain itu, pelanggan turut layak menerima Holiday Vibes Gift Set, menikmati rebat tunai sehingga RM300, dan memilih pelan ansuran 0% faedah bagi tempoh tertentu.
vivo Malaysia turut memperkenalkan kempen Buy Now, Pay Later, bermula 3 Oktober hingga 30 November 2025, bagi memberikan kemudahan pembayaran kepada pelanggan melalui dua platform iaitu SPayLater dan PayLater by Grab.
Melalui SPayLater, pengguna boleh menikmati diskaun 10 peratus (terhad kepada RM100) dengan perbelanjaan minimum RM500 dan pelan ansuran sehingga 24 bulan.
Manakala bagi PayLater by Grab, diskaun RM100 ditawarkan untuk perbelanjaan minimum RM1,000 dengan pelan ansuran tanpa faedah selama empat bulan menggunakan kod promo VIVOPL100.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa caj bulanan sebanyak 1.5 peratus akan dikenakan bagi pelan SPayLater tiga bulan ke atas serta pelan PayLater by Grab yang melibatkan tempoh lapan atau 12 bulan.
Rebat istimewa turut ditawarkan kepada pembeli vivo V60 Lite 5G, iaitu RM200 bagi varian 12GB + 256GB dan RM300 bagi varian 12GB + 512GB sepanjang tempoh promosi, yang hanya sah di vivo Concept Store terpilih di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman rasmi www.vivo.com/my atau mengikuti akaun media sosial rasmi Facebook vivoMalaysia dan Instagram @vivo_malaysia bagi mendapatkan perkembangan terkini.




