vivo V60 Berry Purple Gegarkan KL Fashion Week 2025 Bersama Kit Woo
- oleh Mohd Indera
- 5 Aug 2025 12:12 pm

Gabungan berani antara fesyen dan teknologi mencuri tumpuan pentas KL Fashion Week 2025 apabila vivo Malaysia memperkenalkan warna baharu telefon pintar terbarunya, vivo V60 Berry Purple, menerusi kolaborasi penuh gaya bersama pereka fesyen eksperimental tanah air, Kit Woo.
Kemunculan sulung vivo V60 dalam warna Berry Purple disifatkan sebagai simbol keberanian dan ekspresi diri yang moden. Warna ikonik ini menonjolkan keanggunan santai dengan aura memikat, selari dengan misi vivo untuk menyerlahkan personaliti pengguna melalui rekaan peranti mudah alih.
“Warna Berry Purple ini bukan sekadar pilihan estetik, ia adalah pernyataan gaya. Kami ingin pengguna merasai teknologi yang bukan sahaja canggih, malah mencerminkan identiti mereka,” ujar wakil vivo Malaysia.
vivo V60 menampilkan rekaan ultra-nipis dengan bezel hanya 1.91 mm di atas, 1.86 mm di sisi dan 2.41 mm di bawah. Dilengkapi skrin lengkung 3D dan bucu lengkungan emas 41°, ia memberi pengalaman visual yang luas, imersif serta selesa digenggam.
Bingkai tengah mikro-lengkung pula menghubungkan penutup depan dan belakang secara ergonomik.
Reka bentuk yang diilhamkan untuk kegunaan harian ini bukan sahaja cantik dipandang, malah memberikan keselesaan maksimum untuk menonton kandungan, bermain permainan atau merakam momen harian.
Menariknya, kolaborasi vivo dan Kit Woo bukan sekadar mengenai peranti, tetapi satu pertembungan idea dan visi kreatif.
Kit Woo yang terkenal dengan pendekatan avant-garde dan struktur dekonstruktif mempersembahkan rekaan yang mengiringi pelancaran V60 satu metafora visual untuk teknologi yang berani dan ekspresif.
“Saya melihat vivo V60 sebagai manifestasi keberanian dalam ekspresi peribadi. Melalui rekaan saya, saya cuba memvisualkan ciri-ciri tersebut dalam bentuk busana,” jelas Kit Woo yang turut mempamerkan koleksi eksklusifnya bersama V60 di acara tersebut.
Selain warna Berry Purple, vivo V60 turut hadir dalam pilihan warna lain seperti Mist Gray dan Summer Blue, memberikan lebih banyak ruang kepada pengguna untuk bergaya mengikut citarasa mereka.
Kemunculan vivo V60 bersama rekaan fesyen Kit Woo menjadi antara momen paling mencuri tumpuan sepanjang KL Fashion Week 2025 – memperkukuh imej vivo bukan sekadar sebagai pengeluar teknologi, tetapi sebagai pelopor gaya hidup digital masa kini.
Untuk maklumat lanjut mengenai vivo V60, layari laman rasmi www.vivo.com dan ikuti vivo Malaysia di platform media sosial.