Ikuti Kami:

vivo Perkenal X200 FE – Telefon Pintar Kompak Bertaraf Mercu untuk Generasi Dinamik

vivo Perkenal X200 FE – Telefon Pintar Kompak Bertaraf Mercu untuk Generasi Dinamik

vivo Malaysia hari ini memperkenalkan model terbaharu dalam siri X mereka, vivo X200 FE – telefon pintar kompak pertama dengan keupayaan telefoto bertaraf mercu.

Ditawarkan pada harga pra-tempah RM2,999, peranti ini direka khas buat pengguna muda yang mendambakan teknologi canggih, gaya premium, dan ekspresi diri dalam satu genggaman.

Dengan reka bentuk bersaiz kompak namun berkuasa, vivo X200 FE menggabungkan skrin rata 6.31 inci, ketebalan hanya 7.99mm dan berat 186g, menjadikan ia mudah digunakan dengan satu tangan.

Rangka aluminium gred aeroangkasa, kemasan Metallic Sand Anti-Glare, serta perlindungan IP68 dan IP69 memberikan ketahanan luar biasa bagi gaya hidup aktif.

“vivo X200 FE bukan sekadar telefon pintar – ia adalah simbol kebebasan, kreativiti dan prestasi bertaraf tinggi dalam bentuk yang ringkas dan bergaya,” kata vivo Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Mengangkat warisan pengimejan siri X, peranti ini dilengkapi Kamera Super Telefoto ZEISS 50MP bersama sensor Sony IMX882 dan AI Telephoto Enhance.

Ia menyokong pelbagai jarak potret – dari 23mm hingga 100mm – dan turut memperkenalkan Mod Pentas untuk rakaman langsung, serta Mod Fotografi Jalanan yang boleh diakses segera hanya dengan menekan dua kali butang laras bunyi ketika skrin tertutup.

Paparan ZEISS Master Color dengan skrin LTPO 1.5K, kecerahan puncak 1800 nits dan teknologi PWM 2160 Hz memastikan kejelasan dan keselesaan visual.

Baterinya berkapasiti 6500 mAh dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge menjamin penggunaan harian yang tahan lama – hingga 9.5 jam permainan atau 44.9 jam panggilan suara.

vivo X200 FE dijana oleh cip MediaTek Dimensity 9300+, disokong oleh pembesar suara stereo berkembar, NFC, serta kawalan jauh inframerah – sesuai untuk kerja, hiburan dan harian.

Turut dilancarkan ialah vivo Watch GT, jam tangan pintar berreka bentuk segi empat yang elegan dan praktikal. Ia hadir dalam dua warna – Putih Awan (RM549) dan Hitam Suria (RM499) – dengan ketahanan bateri sehingga 21 hari dan sokongan mod sukan seperti badminton dan tenis.

Tawaran Istimewa Pra-Tempah Hingga 4 Julai
Pelanggan yang membuat pra-tempah vivo X200 FE kini boleh menikmati:

  • Rebat segera RM200 (harga jadi RM2,999)
  • Hadiah percuma bernilai hingga RM1,856 termasuk set paddle pickleball, TWS 3e, jaminan lanjutan dan perlindungan skrin
  • Pelan ansuran 0% faedah hingga 24 bulan
  • Diskaun eksklusif PWP hingga 30% untuk vivo Watch GT dan Watch 3
  • Tawaran bank: Rebat RM100 dari Public Bank dan Affin Bank
  • Diskaun RM60 dengan PayLater by Grab (sehingga 31 Julai)
  • Bonus tukar beli RM200 untuk peranti layak

Promosi ansuran 0% akan diteruskan dari 5 Julai hingga 31 Ogos di Kedai Konsep vivo terpilih.

vivo turut merakamkan penghargaan kepada rakan kongsi seperti Laifen, DJI, Oriental Kopi, Redbox, dan lokasi acara Pickle In The Sky atas sokongan dalam menjayakan pelancaran ini.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.vivo.com/my atau ikuti laman rasmi vivo Malaysia di media sosial.

Komen
Loading...