Ikuti Kami:

vivo Malaysia Perkenal Telefon Skrin Rata Kecil Pertama: X200 FE dengan Kamera ZEISS dan Reka Bentuk Kompak

vivo Malaysia Perkenal Telefon Skrin Rata Kecil Pertama: X200 FE dengan Kamera ZEISS dan Reka Bentuk Kompak

vivo Malaysia melancarkan peranti terbaharunya, vivo X200 FE, yang tampil sebagai telefon skrin rata kecil pertama keluaran syarikat itu namun tetap mengekalkan ciri-ciri bertaraf mercu dalam rangka bersaiz kompak 6.31 inci.

Menariknya, peranti ini bukan sahaja selesa digenggam dengan sebelah tangan malah dilengkapi dengan spesifikasi premium dan kamera Super Telefoto ZEISS 50MP yang menjanjikan rakaman gambar jelas dan tajam termasuk zum yang luar biasa.

Reka bentuknya memberi tumpuan kepada kepraktisan harian tanpa menjejaskan prestasi. Sama ada digunakan untuk penstriman, melayari media sosial atau mengambil gambar, X200 FE memberikan pengalaman penggunaan lancar dan mengagumkan.

“vivo X200 FE ialah gabungan prestasi tinggi dan gaya mudah alih, telefon ini memberi kuasa dalam genggaman,” kata wakil vivo Malaysia dalam kenyataan media.

Menambah daya tarikan, peranti ini didatangkan dalam empat pilihan warna menarik yang menonjolkan personaliti tersendiri pengguna:

  • Pink Vibe – Ceria dan berani, menyerlahkan ekspresi diri
  • Yellow Glow – Hangat dan positif, menaikkan semangat
  • Blue Breeze – Tenang dengan aura kontemporari
  • Black Luxe – Elegan dan minimalis, sesuai untuk penampilan sofistikated
  • Sempena pelancarannya, vivo Malaysia turut mengadakan Pratonton Eksklusif Pertama X200 FE di beberapa lokasi seluruh negara. Acara ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba sendiri peranti ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

    Jadual Acara Pratonton Eksklusif (bermula jam 3:00 petang):

  • 21 Jun 2025 – Pusat Pengalaman dan Servis vivo, Mid Valley Southkey
  • 27 Jun 2025 – Kedai Konsep vivo, Setia City Mall
  • 29 Jun 2025 – Kedai Konsep vivo, Gurney Plaza
  • Pengunjung yang hadir akan menerima cenderamata eksklusif dan jamuan ringan. Selain itu, 10 pendaftar terawal di setiap lokasi akan diberi peluang mengikuti bengkel minyak wangi bernilai RM150 secara percuma. Tempat adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan pelancaran vivo X200 FE, layari laman rasmi atau media sosial vivo Malaysia

    Komen
    Loading...