Ikuti Kami:

vivo Malaysia Lancar vivo Y29 & Y39: Telefon Pintar Berkuasa dengan Ketahanan Luar Biasa!

vivo Malaysia Lancar vivo Y29 & Y39: Telefon Pintar Berkuasa dengan Ketahanan Luar Biasa!

vivo Malaysia dengan bangganya melancarkan telefon pintar terbaru dalam kategori pertengahan, vivo Y29 dan vivo Y39, yang direka khas untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia.

Dengan tagline “Hebatnya!”, kedua-dua peranti ini menampilkan ketahanan luar biasa, hayat bateri yang unggul serta ciri hiburan yang mengagumkan – menjadikannya pilihan ideal untuk pelajar dan golongan profesional muda yang mencari telefon pintar berbaloi dan boleh dipercayai.

Memahami keperluan pelajar universiti dan kolej, vivo Y29 dan vivo Y39 hadir dengan bateri BlueVolt 6500mAh terbesar dalam kelasnya, menawarkan penggunaan berterusan sehingga 73 jam dengan ketahanan bateri mencecah lima tahun.

Pengguna boleh menikmati kelas dalam talian, menonton video, atau berhubung dengan rakan tanpa perlu risau kehabisan bateri. Tambahan pula, ciri reverse charging membolehkan telefon ini berfungsi sebagai power bank untuk mengecas peranti lain di mana sahaja.

Dibina untuk menangani pelbagai cabaran, vivo Y29 dan vivo Y39 dilengkapi dengan penarafan IP64 yang kalis air dan debu serta reka bentuk tahan lasak yang mampu menahan jatuh sehingga 2 meter.

Sama ada terkena hujan atau terjatuh secara tidak sengaja, peranti ini tetap berfungsi dengan cemerlang, menjadikannya sesuai untuk gaya hidup aktif pengguna.

Untuk mereka yang mengimbangi pembelajaran dan hiburan, skrin 6.68 inci HD+ LCD dengan kadar segar semula 120Hz memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar, sesuai untuk membaca nota, menonton video, atau bermain permainan.

Tambahan pula, teknologi perlindungan mata yang canggih mengurangkan ketegangan mata, menjadikannya pilihan tepat bagi pelajar yang banyak bergantung kepada pembelajaran digital.

vivo Y29 dan vivo Y39 menawarkan pengalaman audio yang luar biasa dengan dual stereo speaker yang mampu meningkatkan kelantangan bunyi sehingga 400%.

Pengguna boleh menikmati muzik, filem, dan panggilan dengan jelas walaupun berada dalam persekitaran yang bising seperti kafeteria kampus atau dalam pengangkutan awam yang sesak.

Dengan harga yang berpatutan, ketahanan yang hebat, dan prestasi yang boleh diharapkan, vivo Y29 dan vivo Y39 direka khusus untuk memenuhi keperluan pelajar universiti serta individu yang mahukan peranti serba boleh untuk pembelajaran, media sosial, dan hiburan tanpa sebarang kompromi.

vivo Y29 dan vivo Y39 boleh didapati di seluruh Malaysia bermula 27 Februari 2025 di semua kedai rasmi vivo, peruncit sah, serta platform dalam talian. Harga bermula dari RM799 untuk vivo Y29 dan RM999 untuk vivo Y39.

Nantikan promosi eksklusif sempena pelancaran ini! Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi vivo Malaysia sekarang!

Komen
Loading...