vivo Malaysia Lancar V70, Jalin Kerjasama Bersama POP MART Zsiga Perkasakan Trend Fotografi
- oleh MDaily Editor
- 17 Mar 2026 5:39 pm
vivo Malaysia secara rasmi melancarkan model telefon pintar terbaharu, vivo V70, yang memfokuskan kepada estetika potret bergaya menerusi kerjasama strategik sekali lagi bersama jenama koleksi seni popular, POP MART Zsiga.
Bertemakan konsep “Bloom Under the Sun”, kolaborasi ini bertujuan meneroka sempadan baharu dalam persimpangan antara fesyen dan teknologi pengimejan, sekali gus memperkukuh komitmen Siri V dalam mendekati generasi muda serta membentuk trend gaya hidup moden.
Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia berkata, pelancaran vivo V70 bukan sekadar memperkenalkan alat peranti, malah ia merupakan medium ekspresi diri bagi golongan belia.
“Susulan kejayaan kolaborasi vivo V60 sebelum ini, kami membawakan warna baharu ‘Golden Hour’ yang diinspirasikan daripada cahaya matahari terbenam. Ia melambangkan visi keaslian dan keunikan individu, selaras dengan semangat siri ‘Under the Sun’ oleh Zsiga,” katanya dalam satu kenyataan.
Dari aspek teknikal, vivo V70 dilengkapi dengan Kamera Telefoto Super ZEISS 50 MP yang dipertingkatkan dengan Stage Mode serta pelbagai ciri pengimejan dikuasakan kecerdasan buatan (AI).
Inovasi tersebut membolehkan pengguna merakam foto jarak jauh dengan jelas melalui 10x Super Clear Zoom, selain menyokong rakaman video 4K 60 fps serta ciri AI Audio Noise Eraser untuk kualiti bunyi yang lebih natural dalam persekitaran bising.
Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, peranti ini dikuasakan oleh sistem pengendalian OriginOS 6 yang lebih lancar dan intuitif, merangkumi fungsi seperti Local AI Search dan AI Creation untuk kecekapan tugas harian.

Satu keunikan utama pada model kali ini adalah pengenalan vivo V70 x POP MART ZSIGA Exclusive Flip Cards.
Ciri interaktif ini membolehkan paparan skrin berubah mengikut sudut kecondongan telefon, memberikan elemen permainan (playful) kepada pengguna.

Sempena pelancaran itu, vivo Malaysia akan mengadakan siri jelajah bas vivo V70 x POP MART di sekitar Kuala Lumpur pada 17 Mac 2026.
Orang ramai berpeluang menyertai cabaran “Capture the Bus” untuk memenangi barangan eksklusif POP MART termasuk beg tote dan tali peranti (phone strap) edisi khas.
Untuk maklumat lanjut mengenai vivo V70, layari laman web rasmi vivo Malaysia atau ikuti media sosial rasmi mereka.




