Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membenarkan beberapa kelonggaran diberikan termasuklah pergerakan merentas negeri. PKPP yang mula berkuatkuasa tengah malam tadi turut menyaksikan sempadan negeri kembali dibuka semula.
BACA : PKPP: Rentas Negeri Dibenarkan Bermula 12 Malam Ini
Sempadan Sungai Bernam – Tanjung Malim yang memisahkan Selangor dan Perak dibuka semula lewat malam tadi oleh pihak berkuasa. Penduduk tempatan turut dilihat berkumpul bagi menyaksikan pembukaan semula sempadan negeri itu.
Sempadan kembali dibuka
Di sebalik keseronokan orang ramai meraikannya, netizen turut mengingatkan orang ramai untuk kekal mematuhi SOP yang dikeluarkan. Kelonggaran yang diberikan semasa PKPP ini haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin supaya tidak berlaku peningkatan kes COVID-19.
“Jangan terlalu seronok, kena ingat coronavirus belum berakhir.”
PKPP mula berkuatkuasa hari ini sehingga 31 Ogos 2020. Selain daripada pergerakan merentas negeri, lebih banyak kelonggaran diberikan kali ini di samping SOP yang masih perlu dipatuhi.
Malah, surau di pusat membeli belah dan pusat hentian rehat dan rawat (R&R) juga sudah dibenarkan untuk dibuka semula.
–