Ikuti Kami:

Video Frontliner Raikan Kejayaan, Tepukan Gembira Buat Rakyat Malaysia Terharu

Video Frontliner Raikan Kejayaan, Tepukan Gembira Buat Rakyat Malaysia Terharu

Ucapan terima kasih yang didedikasikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada barisan hadapan negara dalam melawan Covid-19 semasa Perutusan Khas Perdana Menteri semalam benar-benar menyentuh hati.

Mana tidaknya, perjuangan mereka yang selama ini berkorban masa, tenaga dan juga keselamatan diri sedikit sebanyak menyumbang kepada penurunan kadar penularan pendemik dalam negera.

Susulan daripada itu, video barisan petugas kesihatan yang bertepuk tangan dengan lengkap bersut PPE begitu mengharukan.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Instagram @kuchikuchikhan yang menjadi sebahagian dari barisan hadapan yang bertungkus-lumus berjuang demi negara.

“hai boleh balik kampung ke tu? tepuk shiketttt”

“aku simpan video ni utk menandakan 1 hari nanti covid19 akan tamat. tapi rupanya aku lagi terharu bila anak2 boleh jumpa mak bapak dorg”

“share tanda anda beri penghargaan kepada mereka2 yang telah berbakti kepada negara,” tulisnya.

Video yang sama dimuatnaik dia laman twitter telah mendapat maklum balas daripada warganet.

Rata-rata daripada mereka berbangga dengan frontliner negara dan sangat berterima kasih dengan pengorbanan yang mereka berikan.

@kuchikuchikhan juga berkongsi video tribute buat rakan-rakan barisan hadapan yang lain.

Terima kasih kepada semua para barisan hadapan seluruh Malaysia.

Komen
Loading...