Ikuti Kami:

Verlune by Dato’ Jamal: Simbol Cinta Melalui Wangian Mewah

Verlune by Dato’ Jamal: Simbol Cinta Melalui Wangian Mewah

Penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Jamal Abdillah melakar sejarah peribadi dengan memperkenalkan minyak wangi khas yang direka sebagai tanda cinta buat isteri tercinta, Datin Zai Izzati.

Minyak wangi yang dinamakan Verlune by Dato’ Jamal ini dilancarkan secara eksklusif pada 12 Disember lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung meriah di Slow Wood Coffee, Mont Kiara.

Acara tersebut dihadiri 50 tetamu undangan, termasuk rakan media dan penggemar setia penyanyi itu.

Menurut Dato’ Jamal, inspirasi utama minyak wangi tersebut adalah pengabdian dan kasih sayangnya terhadap isteri, yang digambarkan sebagai simbol ketenangan dan kekuatan dalam hidupnya.

Nama Verlune, yang membawa maksud bulan dalam bahasa Perancis, dipilih untuk menggambarkan cinta tulus dan sinar yang diterima daripada isteri tersayang.

“Bulan mencerminkan ketenangan dan kestabilan yang saya alami sendiri di tengah-tengah kerumitan serta ujian dalam kehidupan profesional saya sebagai seorang penyanyi.

“Boleh dikatakan bulan yang saya maksudkan itu ialah isteri tercinta saya, Datin Zai Izzati. Malah, maksud Verlune itu sendiri melambangkan keteguhan, cahaya, dan cinta,” jelasnya.

Minyak wangi Verlune by Dato’ Jamal menampilkan gabungan nota bunga dan kayu (woody notes) yang mewah, direka untuk memancarkan keanggunan serta gaya hidup moden.

Dengan haruman unik yang menggambarkan keperibadian dan hubungan istimewa Dato’ Jamal dan isterinya, produk ini dihasilkan dengan penuh dedikasi.

Untuk peminat yang ingin memilikinya, Verlune by Dato’ Jamal dijual pada harga runcit RM198. Namun, sempena pelancaran pertama, promosi istimewa menawarkan harga serendah RM149.

Produk ini boleh dibeli melalui platform digital TikTok Shop di akaun rasmi @lecreateurdesparfum.

Minyak wangi ini bukan sekadar simbol cinta tetapi juga penghargaan mendalam terhadap perjalanan hidup dan kerjaya seorang bintang yang tidak pernah pudar sinarnya.

Komen
Loading...