Ikuti Kami:

Varnyam Serum: AAYU Naturals Tawar Solusi ‘Liquid Gold’ Bantu Pulihkan Kulit Sensitif

Varnyam Serum: AAYU Naturals Tawar Solusi ‘Liquid Gold’ Bantu Pulihkan Kulit Sensitif

Bagi kebanyakan penderita ekzema, pencarian produk penjagaan kulit yang benar-benar serasi sering kali berakhir dengan kekecewaan.

Namun, bagi Pengasas, Akila, kegagalan rawatan konvensional menjadi pemacu utama kepada lahirnya AAYU Naturals, sebuah jenama yang kini menjadi sinar harapan baharu buat pemilik kulit sensitif.

Mengimbau kembali detik permulaannya, Akila mengakui beliau pernah terperangkap dalam kitaran masalah kulit yang kronik selama bertahun-tahun. Penggunaan krim steroid dan pelembap sintetik hanya memberikan kelegaan sementara, malah ada yang menyebabkan lapisan kulitnya semakin menipis dan meradang.

“Pada satu tahap, saya tidak lagi mencari kecantikan. Saya hanya mahukan ketenangan untuk kulit saya. Kulit saya bukan sahaja merengsa, tetapi ia sudah terlalu ‘penat’ dengan bahan kimia,” katanya.

Enggan terus bergantung kepada bahan kimia yang kasar, Akila beralih kepada konsep ‘Varnya’ – sains kuno Ayurveda yang menekankan pemulihan cahaya semula jadi kulit.

Berbekalkan latar belakang sebagai seorang jurutera, beliau melakukan penyelidikan mendalam untuk menghasilkan formula yang bukan sekadar minyak muka biasa, tetapi sebuah ‘elixir’ penyembuhan.

Hasilnya, AAYU Naturals memperkenalkan produk wira mereka, Varnyam Serum yang turut digelar sebagai ‘Liquid Gold’.

Diformulasikan dengan Saffron Tulen sebagai pelindung UV semula jadi dan Mineral Vital (Zink, Magnesium, Zat Besi) untuk meredakan keradangan serta memperbaiki tekstur kulit secara mendalam.

Apa yang menarik, kejayaan AAYU Naturals bermula secara organik menerusi platform TikTok.

Walaupun pada awalnya interaksi agak rendah, perkongsian jujur Akila mengenai perjalanan pemulihan kulitnya mula menarik perhatian ribuan pengguna yang mengalami nasib yang sama.

“Varnyam Serum adalah degup jantung AAYU. Ia adalah hasil daripada keengganan saya untuk berkompromi dengan kualiti. Jika formula ini berkesan untuk kulit saya yang sangat sensitif dan cenderung ekzema, saya yakin ia mampu membantu orang lain di luar sana,” tambah beliau lagi.

Kini, AAYU Naturals sedang giat memperluaskan jangkauan mereka bagi meningkatkan kesedaran tentang pendekatan penjagaan kulit holistik yang lembut dan berfokus kepada penyembuhan jangka panjang.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk AAYU Naturals, maklumat lanjut boleh didapati melalui laman Instagram AAYU Naturals @aayu.my atau akaun TikTok @akilamvanan.

Loading...